Rabu, 5 Ogos 2015

Jadual hafazan

Bismillahirrahmanirrahim.



Dalam menidik anak menghafaz al-Quran, ada beberapa perkara yang perlu dititikberatkan.

Pertama, Niat kerana Allah.

Kedua, Tumpu kepada kualiti bukan kuantiti. Elak soalan seperti : Dah berapa surah hafaz? Sebaliknya menyoal : Sudah berapa ayat kamu ingat? Ini kerana menghafaz surah adalah senang tetapi sejauh mana ingatan itu kekal mengingat ayat Quran ini yang sukar.

Ketiga, disiplin. Misalnya 1 hari hafaz 1 ayat sahaja. Lalu diulang sehingga 200 kali. Dan ada hari tertentu untuk hafaz keseluruhan ayat yang telah dihafaz sebelum ini.

Bersambung nanti .... :)

Selasa, 4 Ogos 2015

Pelancaran NILAM Guru dan Staf

Bismillahirrahmanirrahim.

Pernah dengar Program NILAM? Bagi yang kurang pasti, NILAM ialah singkatan daripada Nadi Ilmu Amalan Membaca yang dilaksanakan di sekolah-sekolah oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia di bawah program Galakan Membaca.

"Baca Buku, Buka Dunia"

"Membaca meluaskan minda"

.
.
.

Dan pelbagai lagi "quote" mengenai buku yang tersebar di serata alam. Mengapa perlu membaca? Ya, kita membaca kerana Allah. Ayat suci Al-Quran yang pertama turun juga memperlihatkan akan kepentingan membaca.

Hari ini, kami berpeluang melancarkan Program NILAM untuk Guru dan Staf di SKPK Melaka. Program ini berjalan seiring dengan Projek Wakaf Ilmu di mana guru dan staf mewakafkan sebuah buku dan diletakkan di dalam Rumah Mini - Wakaf Ilmu.

Saya mengambil konsep Little Free Library yang berkonsepkan memberi pinjaman buku secara percuma dan diletakkan di satu sudut di kawasan kediaman.








Comel tak Mini perpustakaan kami? ;)

Isnin, 3 Ogos 2015

Mati itu pasti

بسم الله الرحمن الرحيم

Subhanallah Alhamdulillah Allahu akbar, hari ini menerima perkhabaran seorang guru meninggal dunia kerana terbakar di rumahnya. Menurut sebaran di media sosial beliau dikatakan membunuh diri namun begitu sumber dari ahli keluarganya mengatakan sebaliknya. 

Buatan orang atau sihir sememangnya satu perkara yang amat digeruni. Namun kita perlu yakin bahawa segala sesuatu adalah berlaku dengan keizinan Allah. Bagi mengelak perkara ini kita perlu menjaga solat dan mengaji al-Quran. Itulah benteng pertahanan diri kita yang telah Allah dan Rasulullah Sollallahu Alaihi wasallam pesankan.

Di hari yang lain, seorang jiran sekampung saya meninggal dunia. Namun, kematiannya menimbulkan sebak di dada. Beliau meninggal dunia di masjid qariah selepas solat. Sempat berzikir astaghfirullah (3x) dan mengucapkan La ila ha illallah lalu rebah. 

Ya Allah, mereka ini telah Kau jemput pulang. Bagaimana keadaanku nanti? Ampunkan daku Ya Allah. Ampunkan dosa ibu bapaku, suami, anak-anak dan kaum keluargaku. Temukan kami di syurga-Mu Ya Allah. Amin....



Ahad, 2 Ogos 2015

Doa kepada orang yang memberi makan dan minum

بسم الله الرحمن الرحيم

Selagi Syawal belum habis selagi itulah ada jemputan rumah terbuka. Alhamdulillah moga Allah tambahkan rezeki kepada tuan rumah yang menjamu makan dan minum kepada orang lain :)

Atas keterbatasan waktu, ada juga jemputan yang tidak dapat dihadiri. Harapnya tuan rumah tidak kecil hati ^_^

Dalam menghadiri majlis rumah terbuka atau berhari raya di rumah orang, jangan lupa menjaga beberapa perkara. Ada beberapa dosa yang popular dilakukan semasa berhari raya. Antaranya ialah batasan aurat - bersalaman antara bukan mahram, bertabaruj - berlebihan dalam berhias bagi perempuan dan tidak menjaga waktu solat.

Antara sunnah yang dianjurkan oleh Rasulullah Sollallahu Alaihi Wasallam ialah membaca doa kepada orang yang memberi kita makan dan minum. 

Sumber gambar : Hisnul Muslim

Barakallahufik.

Sabtu, 1 Ogos 2015

Belajar Bahasa Isyarat : Ahli keluarga

Bismillahirrahmanirrahim.

Ini adalah hasil yang dibuat untuk kad bacaan aras rendah.