Memaparkan catatan dengan label Keluarga. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Keluarga. Papar semua catatan

Isnin, 28 Oktober 2013

Projek Mini Sains @Petrosains Science Festival

Bismillah walhamdulillah.


Rupa-rupanya ada Festival Sains di Petrosains 22-27 Oktober 2013. Tak rugi ke sana :)  Ada 2 pilihan diberitahu oleh pekerja kaunter iaitu bayar RM30 untuk 1 keluarga masuk ke Petrosains atau memasuki pameran di tingkat bawah dengan bayaran (err..lupa berapa RM).hehe.. Kami memilih masuk ke Petrosains.





Paling menarik apabila ada kaunter-kaunter untuk eksperimen sains mudah disediakan di stesen-stesen tertentu. Kami sempat mencuba 3 jenis aktiviti.

1) Pembentukan awan

Letak sedikit air dalam botol mineral. Nyalakan sebatang mancis dan padamkan. Masuk dlm botol air tadi. Tutup. Picit botol tu banyak kali. Buka dan picit botol perlahan-lahan. Akan nampak pembentukan gumpalan seolah-olah awan pada permukaan botol. Penerangan dari segi Sains tak pandai pula nak terangkan ^^





2) Harmonika daripada penyedut minuman

🍄Susun dalam 7 batang penyedut minuman ygang sudah dipotong mengikut saiz tertentu. Susun ikut suka. Selotep. Letakkan batang aiskrim bawah dan atas penyedut minuman tadi. Selotep sekali lagi. 




3) Tornado table challege. 

🍄 Sediakan 3 cawan kertas, 1 bola ping pong,  1 cawan plastik yg dilubangkan tapaknya. Fikirkan bagaiman bola ping pong dari cawan plastik tadi nak dibawa masuk ke dalam cawan-cawan kertas tanpa bola jatuh dan tidak boleh tukar kedudukan cawan plastik. Jawapannya, pusingkan bola dalam cawan plastik (seolah-olah taufan) dan masukkan ke dalam cawan kertas.



Boleh cuba di rumah ini ^^ Semoga bermanfaat.

Rabu, 6 Jun 2012

Kembara Ilmu

Bimillahirrahmanirrahim.


Cuti sekolah sudah masuk ke fasa akhir cuti. 1 hingga 3 Jun saya dan suami berkursus di Hotel Cititel Express, Jalan TAR. Oh, nama sahaja sudah berada di Jalan TAR. Tapi kami tidak berkesempatan pun untuk keluar berjalan-jalan. Mungkin kerana kepenatan memerah otak ditambah lagi membawa anak kecil bersama. Tidak berani saya meredah kesibukan lautan manusia di Jalan TAR (jika boleh saya katakan begitu).

Sumber gambar : di sini

Alhamdulillah Khaulah tak banyak ragam. Cuma tiba-tiba seperti  'excited' pula mahu duduk di hadapan ketika saya membentangkan hasil kerja. Hee...


Usai kursus, selepas check-out kami menuju ke KLCC. Hajat di hati ingin ke Petrosains. Solat dahulu di Masjid As-Syakirin. Mana datangnya tenaga si kecil Khaulah. Begitu aktif dan bertenaga memanjat tangga surau.



Di hadapan Surau As-Syakirin, KLCC

Malangnya, tiket telah habis dijual! Kaunter yang dibuka hanya untuk 'reservation' sahaja. Huhu.. Melepas.. Tidak membuang masa, kami menuju ke Kinokuniya pula. Banyak pilihan buku menarik untuk kanak-kanak namun di dalam Bahasa Inggeris. Ronda-ronda sekejap dan beli sebuah buku untuk Khaulah.

Destinasi seterusnya ialah Shah Alam. Alhamdulillah seronok menjejak kaki di Shah Alam. Singgah solat di Masjid Shah Alam, check-in hotel dan kembali ke masjid semula sebelum Isyak mendengar kuliah maghrib. Rupanya ada gerai-gerai jualan di luar masjid ini. Masjid juga aktif dengan program untuk kanak-kanak dan remaja sepanjang cuti sekolah ini. 

Sehari di Perpustakaan Raja Tun Uda



Disebabkan keinginan yang tinggi untuk melihat PRTU yang dikhabarkan sangat menarik itu, kami check-out awal pada hari Isnin, 4 Jun 2012. Namun disebabkan tidak melihat terlebih dahulu lokasi sebenar PRTU menyebabkan kami tersasar ke perpustakaan lama berhampiran bangunan MBSA. *phew* Patah balik ke Seksyen 13.

Tempat letak kereta hampir penuh. Cuaca sudah terik ketika kami sampai. Lebih kurang 11.30 pagi kami masuk ke PRTU. Kaunter PRTU 'menyambut' ketibaan kami. Tertarik dengan Zon Kreatif, saya melihat dahulu pelan bangunan PRTU. Oh, teater 3D dan 6D (atau dipanggil juga Teater XD) ada di tingkat G. Tapi saya tidak berkesempatan menonton teater kerana anak saya hanya dibenarkan masuk ke Zon Kreatif.

Sumber gambar : Laman sesawang PRTU

Ada sebuah kotak dipenuhi beg-beg non-woven di muka pintu. Rupanya beg-beg itu untuk diletakkan kasut pengunjung dan boleh di bawa masuk ke perpustakaan. Nanti sebelum balik perlu dipulangkan semula ke dalam kotak tersebut. Menarik.

Masuk sahaja ke Zon Kreatif, ternampak pokok seperti di dalam cerita dongeng. Ia digelar 'reading tree'. Khaulah lebih tertarik ke pentas bercerita dahulu :) 



Setelah puas bermain, dia terkedek-kedek menuju ke pokok tersebut. Dia tercengang dengan kanak-kanak yang berlari-lari di sekeliling pokok dan mungkin juga teruja dengan begitu banyak buku di rak-rak yang tersusun cantik di bahagian kanak-kanak ini. 





Bersama abi sambil baca buku :)


Gambar-gambar lain :



Kafeterianya menghadap tasik..


Sebelum pulang ke Melaka, kami solat jamak di masjid Shah Alam. Alhamdulillah... :)

Selasa, 5 Jun 2012

Online shopping

Bimillahirrahmanirrahim.

Mutakhir ini lebih ramai orang suka berbelanja atas talian dan ramai juga orang memilih berniaga secara atas talian. Kerana ianya lebih mudah dan pantas. Nak kata jimat, perlulah rajin melayari internet :)

Bagi saya, kadang-kadang barang yang ingin dicari tiada di kawasan sekitar atau pilihan yang ada tidak menarik.

Kagum dengan idea kreatif mereka berbisnes. Menarik dan tertarik! :) Itulah kuasa ALLAH ya, memberi pelbagai idea kepada sesiapa yang dikehendakinya. Pendapatan juga banyak dijana melalui perniagaan. Dikatakan 9 per 10!

Hadiah

Baru-baru ini ramai rakan dan saudara-mara yang baru bersalin. Nak keluar rumah cari hadiah, satu hal pula. Tiap-tiap hari pergi-balik, pergi-balik hanya ke tempat kerja dan rumah. Balik dah lewat. Huhu... Hujung minggu tak boeh harap juga. Mujur ada terbaca dalam Pa & Ma April (kalau tak silap), ada blog yang tawarkan hadiah comel untuk bayi baru lahir.


Suka sangat dengan design yang dibuat. Kita boleh request juga jika mahu lain daripada design yang ada. Tapi dia lebih cepat update di Facebook.

 Untuk baby Sulha


Untuk baby  Kauthar Annur

Boleh pilih design dan harga dari RM50 ke atas :)

Cantik, kan? Bolehlah ke laman http://bake-a-diapercake.blogspot.com/  (Pn Azlin Huzaireen) :)

Ahad, 12 Februari 2012

Outdoor dengan Cik Khaulah

Bimillahirrahmanirrahim.

Sesekali bawa Khaulah buat outdoor activity. Kali ini main paddle boat. Kalau kayak, macam mana pula nak pegang dia kan. Tak apalah tunggu besar lagi ya, baru Ummi dan Abi ajak main kayak :)

Pertama kali naik Khaulah memang cuak.. :)

Aktiviti : Paddle Boat
Tempat : Ayer Keroh, Melaka

Sebelum naik . . .
Pertama kali pakai jaket keselamatan, kakinya hampir tak jejak tanah :D

Semasa . . .
Naik dengan Abi. Ummi dengan Kak Aisyah (untuk seimbangkan bot)

Selepas . . .

Masih tak senyum juga... Kesian..

Melihat keadaan anak ini, saya pasti hampir setiap orang ada perasaan takut untuk mencuba sesuatu perkara yang baru dan tidak pernah dilakukan sebelum ini.

Bukan mudah kan mahu buat perubahan.

Yakin dengan Allah, sentiasa bersangka baik. Senyum-senyum selalu walau hati gundah! La tahzan. Innallaha ma'ana. Ya Allah, semoga saya juga boleh sentiasa berfikiran positif begitu. Amin...

Selasa, 6 Disember 2011

Taufik & Hidayah (",)



Alhamdulillah, selesai majlis pernikahan adik, Nur Hidayah bt Hilmi dan suami, Mohd Taufik b Osman ada hari ini , 5 Disember 2011. Istimewanya juga ia tarikh pernikahan mak dan ayah kami 30 tahun yang lepas. Masya Allah.. :)

Mabruk buat kamu berdua! Selamat melangkah ke dunia baru. Semoga bahagia hingga ke syurga. Banyak-banyak berSABAR dalam mengemudi bahtera rumah tangga. Salah faham sikit-sikit jangan diperbesarkan malah cepat-cepat cari penyelesaian. Takut jadi barah. Hormat antara satu sama lain dan penuhi hak dan tanggungjawab masing-masing dengan rela bukan kerana terpaksa. Nama dah cantik dah... seorang nama Nur Hidayah, seorang lagi nama Mohd Taufik :D

Tiba-tiba jadi pengapit malam ni :D Ni kalau Maksu Tiqah ada, dialah yang jadi pengapit :) Opss...tak elok cakap kalau.. (Jangan nangis pula Tiqa! ;)) Ini aturcara majlis hari ini. Istimewanya diadakan kuliah Maghrib di halaman rumah. Alhamdulillah kehadiran jemaah sangat ramai dan cuaca baik hari ini. Syukur...

Ok Maksu Tiqah, ini beberapa keping gambar sebelum majlis berlangsung. Mungkin boleh klik untuk besarkan gambar.


Selepas nikah - batal wudhu' :)


Kuliah Maghrib khas oleh Ustaz Musa.
Orang lelaki di halaman, orang perempuan dalam rumah..

Solat Isyak berjemaah.


Gembiranya (",)

ALHAMDULILLAH..

p/s : Terima kasih Kak Maisara sekeluarga yang sudi datang malam ni. Barakallahufik! :)

Isnin, 24 Oktober 2011

Setahun sudah..

بسم الله الرحمن الرحيم

Khaulah meragam hari ini..tak mahu pada orang lain. kebetulan hari ini saya cuti seminggu sempena Deepavali. Pantang letak mulalah menangis sakan hingga hilang suara..Huhu...

Hari ini juga aqiqah Nur Aisyah pada sebelah malam. Maka saya sekalikan untuk hari lahir Khaulah walaupun tidak pernah dirancang sambutannya sebelum ini. 3 tempat mencari aiskrim murah (hehe). Akhirnya rezeki di Giant Melaka juga. Beli 200 unit. Alhamdulillah semua jemputan dapat makan.


 Gambar Aisyah baru lahir.. :) Moga menjadi anak yang solehah. Amin..

Rabu, 20 April 2011

Cabaran ibu berkerjaya dan menyusu badan sepenuhnya...



24 April ini insya Allah Khaulah akan menginjak ke usia 6 bulan dan ALHAMDULILLAH dia masih lagi menyusu badan.

Tapi besar cabarannya bagi fully breastfeed ni. It's a long story then.. Semasa mengandung saya tidaklah berfikir secara serius mengenai BF cuma sesekali ada terdengar kawan-kawan sejawat menyebut pasal BF. Untungnya saya tahun lepas semasa mengandung, ada 7 orang guru di sekolah yang sama-sama mengandung ;p Jadi sekarang bila semua dah bersalin boleh teka topik apa yang hangat diperkatakan. Kebanyakan daripada mereka masih BF anak hingga kini.

Cabaran bagi saya ialah :

1) Waktu pengepaman - perlu adjust dengan jadual waktu. Kadang-kadang balik sekolah baru dapat pam. Banyak kelas ganti (guru lain berkursus, cuti sakit, ada urusan rasmi dan lain-lain).

2) Letih - Balik rumah memang jadual pam selalu sahaja terganggu. Nak buat kerja rumah, nak steril alatan pam, kerenah anak... (tak baik mengeluh!)

3) Susu kurang! - Oh, puncanya ialah saya kurang minum air masak dan sangat letih akibat tak cukup rehat. Jadi ibu-ibu, cuba minum sekurang-kurangnya 3 liter sehari.

4) Pam rosak - Huhu....ini yang tak tahan. Mujur saya boleh perah guna tangan. Tapi masih tidak boleh kejar target.. Nak hantar ke HQ Medela hanya di KL sahaja...(=.=)

Semangat memang jatuh bila susu yang dipam tidak banyak seperti biasa. Di sini, saya percaya kuasa minda boleh mempengaruhi tindakan. Terpaksalah bina semula motivasi dengan carian google, tanya kawan, membaca.... Akhirnya saya ambil keputusan makan Shaklee. Beli pek percubaan dengan Kak Lyna dari mysuperkids.net. Alhamdulillah susu jadi pekat dan warna kuning. Khaulah kenyang lama sikit. (Heheh, ada pula macam tu ye?!)

Macam-macam petua banyakkan susu saya dapat. Ini yang saya amal / pernah cuba buat beberapa lama. Maknanya sekarang dah jarang buat :)

1) Makan lobak putih.
2) Makan sayuran hijau - bayam, sawi
3) Minum air longan kering beli di kedai sei sei, biasanya ada - (air mata kucing rupanya! Apalah saya ni..longan ni nama saintifik ",)
4) Minum jus pegaga.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Kenangan pertama kali pam susu :) Masa tu terfikir, "Alamak! Banyak ni je? Aduh, beli pam mahal-mahal.." Heh.

Saya akan cuba sehabis baik (baca : berjuang) untuk beri anak susu badan sehingga usia 2 tahun. Semoga Allah perkenankan. Insya Allah ;) Selamat menyusu untuk ibu-ibu di luar sana!



Isnin, 22 November 2010

Selamat Datang!

Alhamdulillah, akhirnya saya selamat melahirkan puteri sulung pada 24 Oktober 2010 jam 12.50 tengahari di Kamar Bersalin, Hospital Melaka. Puteri diberi nama Khaulah bt Ahmad Kamalarifin.

Doa di atas turut diberi kepada rakan-rakan dan sesiapa sahaja yang baru dikurniakan cahaya mata. Semua kenalan saya setakat ini melahirkan anak lelaki. Hehe.. saya seorang sahaja anak perempuan. OK lah tu.. ^_^


Tahniah buat staf SKPKM :

Kak Rabiatul Adawiyah ~ Ogos 2010(tak ingat tarikhla..ngee..)
Kak Ibhaliza ~ Ogos 2010 (pun tak ingat tarikh)
Kak Maisara ~ 31 Oktober 2010
Bakal menyusul : Kak Zah, Kak Yat, dan Kak Suzani :)


Buat rakan :

Nurul Jannah ~ 10 Ogos 2010
Faten Raihana Roslan ~ 15 November 2010
Nurul Huda ~ 1 November 2010

Juga tak lupa buat adik, Amalina dan suami, Muhamad Sofian di atas kelahiran Muhamad Umar pada 1 November 2010 dan Mak Lang Ijah atas kelahiran Khalif September lalu :) Ramainya sebaya tahun ni!
Baru keluar dari labour room

25 Oktober 2010 - misi baru lepas mandikan

Khaulah dan Umar semasa Raya Haji
Khaulah sewaktu usia 3 minggu
Semoga mereka semua menjadi anak yang soleh dan solehah. Amin..


Ahad, 13 Disember 2009

Mereka juga ada jiwa DAI'

Bimillahirrahmanirrahim.

Sudah tiga minggu saya berada di rumah. Still in holiday mood. Entah sampai bila. Kononnya boleh semak penempatan GSST melalui SMS = (Type MOE GSST IC & SEND TO 15 888). Katanya lagi hanya guru yang ke Sabah dan Sarawak sahaja akan dapat tahu melalui SMS ini. Yang lain boleh semak dalam laman sesawang KPM 17 Disember 2009 ini. Entah. Wallahualam.

Tamat sahaja KISSM (Kursus Induksi Sistem Saraan Malaysia) 25 November lalu, masa "cuti" ini digunakan sebaiknya. Pulang ke kampung ayah di Perlis membawa 2 orang ahli keluarga yang baru; 2 menantu lelaki mak dan ayah dengan tujuan memperkenalkan kepada kaum kerabat di sana. Seronok. Jarang berkumpul begini =)

Adik bongsu ayah seorang Sindrom Down. Kami panggil Pak Su Anas. Umurnya sudah 31 tahun. Panjang umurnya kan? Biasanya golongan Sindrom Down tidak panjang hayatnya. Alhamdulillah, semoga Allah memberkati.
Pak Su (baju biru)

Mengapa saya sebut pasal Pak Su? Ha.. jangan tak sangka.. mereka juga ada jiwa DAI'. Ada dua insiden yang menyebabkan kami geli hati dengan dia. Pertama, ketika duduk santai sambil minum teh 'o' di rumah Tok Su, kami tak perasan perubahan muka dia tatkala melihat adik dan suaminya duduk bersebelahan. Sampai satu ketika, mungkin dia rasa marah dia lalu duduk di antara adik saya dan suaminya. Katanya (dengan nada marah), "Ish, haram..haram.."

Saya pula ingin mengusiknya lalu duduk berdekatan dengan suami. Tahu apa yang dikatanya? "Gatainya..." Aduh, kena sebijik >_<

Kedua, kami ini dikira musafir. Jadi solat jamak dan qasar dilakukan di sana. Pada satu hari selepas solat Isyak, Pak Su mengadu kepada ayah saya yang kami ini (anak-anak buahnya) tidak solat Isyak bersamanya malam itu dan tidak solat Asar petang tadi :D Subhanallah. Jiwanya juga cenderung ke arah kebaikan. Malah berani menegur jika seseorang melakukan perkara maksiat. Kagum. Insaf. Secara automatik membuatkan saya bermuhasabah. Masya Allah. Subhanallah.

اللهم هد ني و سد د ني
(Allahummahdini wa saddidni)

"Ya Allah, berilah petunjuk kepadaku dan istiqamahkanlah diriku".
Amin..