Memaparkan catatan dengan label KisahkuSeorangGuru. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label KisahkuSeorangGuru. Papar semua catatan

Selasa, 4 Ogos 2015

Pelancaran NILAM Guru dan Staf

Bismillahirrahmanirrahim.

Pernah dengar Program NILAM? Bagi yang kurang pasti, NILAM ialah singkatan daripada Nadi Ilmu Amalan Membaca yang dilaksanakan di sekolah-sekolah oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia di bawah program Galakan Membaca.

"Baca Buku, Buka Dunia"

"Membaca meluaskan minda"

.
.
.

Dan pelbagai lagi "quote" mengenai buku yang tersebar di serata alam. Mengapa perlu membaca? Ya, kita membaca kerana Allah. Ayat suci Al-Quran yang pertama turun juga memperlihatkan akan kepentingan membaca.

Hari ini, kami berpeluang melancarkan Program NILAM untuk Guru dan Staf di SKPK Melaka. Program ini berjalan seiring dengan Projek Wakaf Ilmu di mana guru dan staf mewakafkan sebuah buku dan diletakkan di dalam Rumah Mini - Wakaf Ilmu.

Saya mengambil konsep Little Free Library yang berkonsepkan memberi pinjaman buku secara percuma dan diletakkan di satu sudut di kawasan kediaman.








Comel tak Mini perpustakaan kami? ;)

Sabtu, 1 Ogos 2015

Belajar Bahasa Isyarat : Ahli keluarga

Bismillahirrahmanirrahim.

Ini adalah hasil yang dibuat untuk kad bacaan aras rendah.








Khamis, 14 Mei 2015

Program Jejak Maklumat

Bismillahirrahmanirrahim.

Ini gambar ketika menjalankan program Jejak Maklumat. Ada 4 stesen :

Stesen 1 : Pertandingan Tulisan Cantik
Stesen 2 : Saintis Cilik
Stesen 3 : Stesen Bahasa
Stesen 4 : Verb Search

Stesen 1 : Murid tahap 2 menulis dengan tulisan berangkai, Murid tahap 1 menyalin dengan kemas

Stesen 2 : Murid menyelesaikan crossword puzzle dan word search

Stesen 4 : Verb Search. Murid menggunting gambar dari bahan bercetak dan dijadikan folio.

Stesen 3 : Murid menyelesaikan beberapa tugasan eksperimen

Rabu, 13 Mei 2015

Zoo Melaka

Bismillahirrahmanirrahim.


Isnin, 11 Mei 2015

Kem Membaca 1 Malaysia 2015

Bismillahirrahmanirrahim.

Kem Membaca 1 Malaysia adalah salah satu program di bawah Program Galakan Membaca di sekolah anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia. Biasanya ia dijalankan pada akhir tahun, tetapi tahun ini diadakan lebih awal.

Hmm.. sebahagian besar murid sudah hampir sebulan menjalani latihan olahraga maka tinggal sedikit sahajalah di sekolah. KM1M ini terpaksa kami lewatkan ekoran tarikh tersebut jatuh pada minggu ujian bulanan sekolah.



Rabu, 21 Mei 2014

Kem Kepimpinan dan Motivasi Pengawas

Bismillahirrahmanirrahim.

2 Minggu lepas ada sekolah ganti pada hari Sabtu. Pihak Bimbingan dan Kaunseling dengan kerja sama Pusat Sumber Sekolah dan Unit Disiplin Sekolah mengajar kan kursus untuk pengawas selama setengah hari.

Saya kira ia permulaan yang baik untuk pendedahan awal kepada anak-anak didikan istimewa ini. Meskipun banyak kekurangan yang perlu di tampung selepas ini, diharap program seumpama ini memberi pencerahan dan pendedahan kepada minda dan motivasi mereka.

Secara ringkasnya :

# ice breaking - pecahkan peserta kepada beberapa Kategori seperti jantina, warna baju yang sama, nama huruf pertama yang sama, ketinggian dan bulan lahir yang sama.
# ceramah disampaikan oleh salah seorang guru senior mengenai kepimpinan
# fokus utama ialah peranan dan tanggungjawab mereka sebagai pengawas sekolah dan pengawas PSS
# menarik sekali bahagian simulasi mereka berjaya melakonkan dengan baik

Sepintas lalu..lensa kamera >>






Khamis, 3 Oktober 2013

Beryl's & Halfest 2013

Bismillahirrahmanirrahim.

Mengiringi murid-murid ke Kilang Coklat Beryl's dan The Mines. Sekejap sahaja lawatan di Beryl's. Lihat tayangan video mengenai pembuatan coklat (beberapa minit sahaja), melihat proses membuat coklat (hanya melalui bilik-bilik khas) sambil diberi penerangan dan berakhir dengan makan coklat percuma (coklat dipotong kepada kepingan-kepingan kecil). Itu sahaja. Oh ya, agenda membeli-belah coklat juga tidak ketinggalan ^^

Di The Mines, kebetulan hari ini hari pembukaan Halal Festival 2013. Maka, kami pun mendaftar (percuma) dan diberi sebuah beg  kanvas setiap seorang (percuma lagi) serta 'lencana' sebagai pas masuk.

Kemudian naik cruise. Pulang ke sekolah semula dan tiba jam 6.15 petang.

Alhamdulillah.



Jumaat, 27 September 2013

Tugasan seterusnya......

بسم الله الرحمن الرحيم



Kem Membaca 1 Malaysia. Belum tahu tarikh. Buat sahaja kertas kerjanya dahulu..

Khamis, 26 September 2013

Sukan sekolah 2013

Bismillah walhamdulillah.

Hari ini telah berlangsung kejohanan sukan tahunan sekolah kali ke-11 di stadium Mini SMK Seri Kota, Melaka. 3 hari berturut-turut raptai di tempat yang sama. Kelihatan anak-anak didik serta guru lebih ceria dan perjalanan sukan tahun ini nampak lebih lancar dan kemas.

Bolehlah buat di sini lagi tahun hadapan ;)

Cuma kasihan dengan PPM Pra sekolah yang terpaksa menjaga anak-anak yang hiperaktif. Akhirnya murid itu "dibiarkan" berlari di trek balapan sesuka hatinya. Banyak sunfguh tenaga si kecil ini. Tapi keletahnya juga mencuit hati kami. Ish..ish..ish..

Raptai sukan ~ perbarisan rumah sukan

Acara ibu bapa dan anak

Pn Rogayah (2 dari kanan) tetamu VIP 
Izzul Iman (yang mengangkat tangan) seorang murid yang aktif dan penuh ekspresi. ^^

Johan perbarisan : Rumah Merah ^^

Rabu, 18 September 2013

Program MFD

بسم الله الرحمن الرحيم 

Pada 6-8 September lalu, sukarelawan daripada MFD turun membuat program di sekolah saya. Sebelum itu elok saya ceritakan serba sedikit mengenai MFD. Nama penuhnya ialah Persatuan Orang Pekak Malaysia atau Malaysia Federation for The Deaf (MFD).

Mereka menganjurkan kem bahasa untuk membantu murid pendidikan khas bermasalah pendengaran.

Saya kira program ini membantu meningkatkan motivasi murid-murid. Mengagumkan apabila murid-murid ini memberi tumpuan sepenuhnya. Berbanding ketika berada di dalam kelas, ada sahaja gangguannya. Sekejap-sekejap mahu ke tandas, sebentar-sebentar mahu mengasah pensel. Haih.. menguji kesabaran guru (^___^;)

Saya hanya terlibat untuk beberapa slot. Jadi tidak sempat ambil gambar. Saya hanya ambil gambar buku yang disumbangkan oleh mereka ke PSS sekolah :)






Ahad, 31 Mac 2013

KSSR oh KSSR

Mode : Telah berjaya menyiapkan latihan untuk band 1 bagi tajuk yang akan diajar esok.

Baru Band 1. Ada lagi 5 band ok. Siapa yang tak faham buat tak tahu sahajalah ya. Hee... pertama kali mengajar KSSR tahun ini.. Patutlah ada cikgu boleh kena darah tinggi...

Err.. lain orang lain penerimaannya.

Jom sambung buat kerja lagi! ^_^

Walaupun hanya lembaran kerja tetapi prosesnya mengambil masa berjam-jam!

Khamis, 7 Mac 2013

Bahasa isyarat ★


Jom belajar bahasa isyarat ♡

》kereta 

》bas

Selasa, 11 September 2012

Felt Bookmark

Bimillahirrahmanirrahim.

Hari ini mengajar Pendidikan Seni Visual tahun 5 Mawar. Rupanya ini kelas terakhir. Selepas ini guru besar baru akan mengambil alih kelas ini.

Hari ini buat felt bookmark. Ada lebihan kain felt, butang dan gam daripada aktiviti kraf sebelum-sebelum ini :) Alhamdulillah tercapai juga hasrat nak ajar mereka guna kain felt.

Batang aiskrim yang bersaiz besar ini beli dari Yaya (Facebook : Yaya Craft) :)

Ajar yang mudah sahaja. Murid-murid diberi 2 templat bunga berlainan saiz, pilih warna yang disukai kemudian tekap (trace) dan gunting. Saya hanya menggunakan gam UHU untuk menampal kepingan bunga. Kemudian murid hias penanda buku masing-masing. Mudah pun ambil masa hampir 1 jam untuk mereka siapkan.

Semoga mereka gembira dengan aktiviti hari ini dan ianya berguna untuk mereka. Amin.. Saya lihat rajin pula mereka membaca buku dan menanda dengan felt bookmark ini! ^_^

Baik-baik menggunting tu..


Hafizi dan Amir.. dua orang anak murid yang sangat 'aktif' dalam kelas (^_^;)


Tadaa.. hasil murid-murid :)  Sebelah kanan sekali yang lain dari yang lain itu ~ Cikgu yang punya :)


Selepas 'pemilihan' hasil yang paling cantik dan kreatif. Pemenangnya ialah Amir ~ penanda buku yang ada bentuk hati :)


Ya Allah, ampunkanlah dosa kami dan terangkan hati anak-anak ini menerima ilmu-Mu Yang Maha Luas. Amin..

Selasa, 17 Julai 2012

Julai Bulan Membaca Part 1



Bimillahirrahmanirrahim.

Sempena Julai Bulan Membaca, ada beberapa aktiviti telah dirancang oleh pihak PSS. Antaranya ialah :

1) Teka muka surat buku.

- Ada 2 kategori ; untuk murid dan guru (termasuk PPM). Sebuah buku dipilih untuk setiap kategori. Telah berjalan dengan lancar. Pemenang yang meneka paling hampir juga sudah diketahui :)

2) Pengunjung paling kerap ke PSS bagi kategori guru dan murid. Akan diumumkan pada akhir bulan ini.

3) Pertandingan mencari perkataan (word search) 12 tempat menarik di Melaka. Ini adalah idea daripada Pesta Flora di Putrajaya. Tiada klu diberikan, terbuka kepada guru dan PPM (Pembantu Pengurusan Murid). Akan dijalankan dalam minggu ini. Sementara murid-murid menduduki ujian bulan Julai.



4) Sesi bercerita dan ejaan pada perhimpunan pagi.

5) Sesi bercerita pada waktu P&P (waktu Nilam). Ada aktiviti seperti menjawab soalan, membuat origami, mencari perkataan tersembunyi (perbendaharaan kata) berdasarkan cerita tersebut.

6) Pertandingan mencari gambar tersembunyi. Terbuka kepada 3 kategori murid ; prasekolah, tahap 1 dan tahap 2.

Ada beberapa lagi aktiviti. Akan disambung nanti..

Isnin, 16 Julai 2012

Membaca dan bercerita

Bimillahirrahmanirrahim.

Sempena Julai Bulan Membaca, perhimpunan pagi ini ada slot membaca dan bercerita. Beberapa soalan diajukan selepas sesi bercerita. Adik Iwani Ashira mengisyaratkan cerita dengan baik.

                                     

                                     

Saya gunakan buku besar keluaran PTS : Apa yang Bergerak? Oleh Alia Nina. Saya sangat suka siri Buku Besar PTS ini. Harapnya akan keluar lebih banyak lagi :)

                                                    
Sumber gambar : di sini

Rabu, 11 Julai 2012

Hiasan Dalam Kelas

Bimillahirrahmanirrahim.





Sudah tentu PPM yang membantu :)

Isnin, 9 Julai 2012

Dalam kenangan.. Pengkarya Guru 2012

Siri terakhir Kursus Pengkarya Guru 2012...


 Hasil karya salah seorang peserta Kumpulan Buku Bergambar. Seronoknya ada bakat melukis!


 'Mahal' tajuk ini.. kenangan manis :)


 Ketika sesi penerbit meninjau ruang pameran kami.. Ini ruang pameran Kumpulan Informatif Kreatif..

Tamar : Pokok Menangis, karya Inche suami :) 
Lebah di bawah itu karya Pn Nurhamimi..
 Majlis penutup pada hari Ahad, 8 Julai 2012

Semoga berjaya kepada semua. Dengarnya ramai di kalangan peserta yang telah menerima emel dari pihak penerbit. Semoga terpilih untuk diterbitkan :) Jazakallahu khairan kathira buat mentor yang hebat ~ 
Pn Zainab Kassim dan Pn Alimah Salam. Allah jua yang membalas jasa kalian!

Jumpa lagi semua.