Khamis, 15 September 2011

Pasca ujian September




بسم الله الرحمن الرحيم

Ini contoh soalan Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan tahun 4 yang saya buat. Tengok soalan nombor 1. Soalan yang amat mudah. Saya sudah beri jawapan! Tapi kebanyakan murid saya salah jawab. Aduh... mana silapnya? Mereka sudah belajar dalam Pendidikan Muzik, setiap kali perhimpuanan mingguan (hari Isnin) juga mereka nyanyikan.

Kadang saya terfikir, teknik apakah lagi yang perlu saya pakai? Murid-murid saya ini terus menjawab TANPA membaca soalan terlebih dahulu. Ini baru subjek Sivik belum lagi subjek bahasa. Lagi pening. Macam-macam ada! Sudah diajar berkali-kali. Dilatih tubi menggunakan format peperiksaan namun hasilnya tetap sama setiap kali ujian.

Ya, salah satu sebabnya ialah mereka tidak faham apa yang tertulis. Perbendaharaan kata mereka minima. Namun saya fikir mereka juga harus berusaha kuat. Jika bantuan datang dari semua pihak namun mereka ada penyakit M memang tidak dapat ditolonglah. Bukan tidak ada murid bermasalah pendengaran berjaya. Malah ada yang menjadi guru dan usahawan berjaya lagi. Teringat kepada 2, 3 orang rakan saya yang memegang kad OKU bermasalah pendengaran
semuanya berjaya menjadi guru mahu pun pakar ICT.

Ya Allah, Kau terangkanlah hati anak-anak ini untuk menerima ilmu-Mu yang Maha Luas dan berilah ketabahan serta kurniakanku keikhlasan dalam mendidik anak-anak ini. AMIN..

Khamis, 14 Julai 2011

Pagi

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum warahmatullah..

Berpagi-pagi dalam fitrah Islam. Waktu ini sedang menghabiskan bacaan buku Mengapa Rasulullah Tidak Pernah Sakit. Hanya nak berkongsi buat peringatan diri sendiri dan orang lain :)

Antara tip kesihatan ialah melakukan solat tahajud. Kajian saintifik telah membuktikan bahawa orang yang solat tahajud lebih sihat kerana meningkatkan immunoglobin dan menurukan hormon stres. Maka tanamlah keazaman yang kuat supaya satu hari nanti kita dapat istiqamah melakukannya setiap hari. Insya Allah.

Saya teringat hadis Nabi mengenai peringatannya akan 5 perkara iaitu sihat sebelum sakit, kaya sebelum miskin, lapang sebelum sempit, muda sebelum tua dan hidup sebelum mati (Riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi).

Kadang-kadang terasa masa 24 jam tu tak cukup kan. Sebenarnya bukan masa yang tidak cukup tetapi keberkatan masa itu ditarik oleh-Nya kerana cara penggunaan kita. Wallahualam.

:)

Sabtu, 2 Julai 2011

Allahu akbar...


بسم الله الرحمن الرحيم

Ketika menyelak Solusi baru edisi Julai, mata terpandang kepada artikel Mulut Pencetus Doa atau Dosa? Memandang tajuknya sahaja sudah membuatkan saya seperti terpandang skrin besar di hadapan mata akan kesalahan-kesalahan diri. Astaghfirullah....

Sungguhpun lidah tidak bertulang namun perkataan yang keluar dari mulut itu adakalanya bisa seperti dihiris sembilu. Ya Allah, peliharalah mulutku daripada berkata yang tidak elok dan tidak mendatangkan manfaat...amin..

Sebenarnya saya teringatkan seorang anak murid di sekolah. Saya mengajarnya tahun lepas dalam darjah 5. Tahun ini saya hanya melihat kehadirannya di awal tahun sahaja. Sudah lebih 4 bulan dia tidak datang ke sekolah. Dengarnya ayahnya sakit.

Tetapi berita yang baru diterima amat memeranjatkan saya. Sedih, simpati dan menginsafkan saya. Mata murid ini memang ada sedikit masalah. Saya teringat cermin mata yang dipakainya juga tebal. Tahun lepas dia melalui 2 pembedahan dan menyebabkan dia bercuti lama. Sudah pastilah dia telah ketinggalan jauh berbanding kawan-kawannya. Murid ini menggosok-gosok mata yang telah dijalankan pembedahan tersebut dan menyebabkan ada urat saraf yang terputus. Akibatnya matanya tidak nampak apa-apa. Tidak lama selepas itu kedua-dua matanya pula tidak dapat melihat. Masya Allah........ ini kali pertama saya jumpa murid deaf-blind.

Ya Allah, saya tak dapat bayangkan bagaimana kehidupannya. Bagaimana penerimaan ibu ayah dan keluarganya.. Malang sekali saya tidak dapat menziarahi kerana dia sekarang berada di kampung bapanya di utara.

Insaf.. saya agak terkesan dengan berita itu. Qaddarallahu masha a....Lihat,, betapa bernilainya pancaindera yang Allah beri kepada kita. Pada bila-bila masa sahaja Allah berkuasa menarik semula anugerah-Nya ini. Ya Allah semoga dia serta ibu bapanya redha dan bersabar atas dugaan ini. Orang yang diuji adalah orang yang Allah sayang.. Darjatnya akan ditinggikan sekiranya dia bersabar.

Adakah saya sesabar itu jika diuji Allah dengan perkara yang berat?

Benarlah..MATI adalah sebaik-baik peringatan!

"Tidak akan bergeser kaki anak Adam (manusia) pada hari kiamat nanti di hadapan Rabbnya sampai ditanya tentang lima perkara: umurnya untuk apa dihabiskan, masa mudanya untuk apa dihabiskan, hartanya dari mana dia dapatkan dan dibelanjakan untuk apa harta tersebut, dan sudahkah beramal terhadap ilmu yang telah ia ketahui." (HR. At Tirmidzi no. 2340)

Selasa, 14 Jun 2011

Kad bergambar

بسم الله الرحمن الرحيم


Mungkin sesuai untuk Sains Tahun 1. Buat untuk dua deria sahaja.


Fractions

Saya mengajar matematik tahun 4. Hari ini sudah hari kedua selepas naik cuti sekolah. Oh..oh..saya baru mengajar bab 2! Aiyoo...macam mana mahu kejar? Saya mengaku saya memang ajar lambat sebab ikut tahap keupayaan murid. Murid saya bukan seperti murid normal yang boleh mendengar (maaf, saya tidak bermaksud murid istimewa saya ni lambat) cuma apabila tiba bab pecahan saya memang fail nak mengajar dengan pantas!

Tadi sibuk menggoogle teknik mudah mengajar pecahan. Saya terjumpa link ini : http://www.kidsolr.com/math/fractions.html . Sedang edit di dalam power point. Saya harap ia dapat membantu murid-murid saya.

Antara contoh slide tersebut (sebenarnya boleh gerak-gerak tapi saya copy dan paste di power point maka imejnya tidak bergerak) :

Equivalent fraction pun ada masalah. Murid-murid tak hafal sifir. Huhu..Hari ini hafal esok lupa.. Tak mengapa insya ALLAH ada cara mudah hafal sifir..

Cikgu sangat perlu guna BANYAK bahan bantu mengajar terutama sekali gambar, warna, kertas warna dan bahan maujud.

Nanti saya cuba upload lagi cerita yang ada kod bahasa isyarat. Insya Allah.