Ahad, 11 Disember 2011

Trivia...

Bimillahirrahmanirrahim.


Sumber gambar : www.muslimblog.co.in
  • 5 surah dalam al-Quran dimulai dengan الحمد لله
1) Al-Fatihah
2) Al-An'aam
3) Saba
4) Fathir
5) Kahfi

Selasa, 6 Disember 2011

1 Day Felt Craft Workshop

Taufik & Hidayah (",)



Alhamdulillah, selesai majlis pernikahan adik, Nur Hidayah bt Hilmi dan suami, Mohd Taufik b Osman ada hari ini , 5 Disember 2011. Istimewanya juga ia tarikh pernikahan mak dan ayah kami 30 tahun yang lepas. Masya Allah.. :)

Mabruk buat kamu berdua! Selamat melangkah ke dunia baru. Semoga bahagia hingga ke syurga. Banyak-banyak berSABAR dalam mengemudi bahtera rumah tangga. Salah faham sikit-sikit jangan diperbesarkan malah cepat-cepat cari penyelesaian. Takut jadi barah. Hormat antara satu sama lain dan penuhi hak dan tanggungjawab masing-masing dengan rela bukan kerana terpaksa. Nama dah cantik dah... seorang nama Nur Hidayah, seorang lagi nama Mohd Taufik :D

Tiba-tiba jadi pengapit malam ni :D Ni kalau Maksu Tiqah ada, dialah yang jadi pengapit :) Opss...tak elok cakap kalau.. (Jangan nangis pula Tiqa! ;)) Ini aturcara majlis hari ini. Istimewanya diadakan kuliah Maghrib di halaman rumah. Alhamdulillah kehadiran jemaah sangat ramai dan cuaca baik hari ini. Syukur...

Ok Maksu Tiqah, ini beberapa keping gambar sebelum majlis berlangsung. Mungkin boleh klik untuk besarkan gambar.


Selepas nikah - batal wudhu' :)


Kuliah Maghrib khas oleh Ustaz Musa.
Orang lelaki di halaman, orang perempuan dalam rumah..

Solat Isyak berjemaah.


Gembiranya (",)

ALHAMDULILLAH..

p/s : Terima kasih Kak Maisara sekeluarga yang sudi datang malam ni. Barakallahufik! :)

Ahad, 4 Disember 2011

Jom belajar!

بسم الله الرحمن الرحيم


Jom belajar bahasa isyarat asas - ucapan ringkas dalam kehidupan seharian. Sebenarnya kad-kad gambar di bawah ini saya buat untuk blog Panitia Komunikasi Seluruh SKPKM. Alang-alang sudah ada saya muat naik di sini jugalah ya.

Oh, cuti ni KP (Ketua Panitia) ada bagi tugasan buat BBM untuk topik pertama Bahasa Inggeris yang akan diajar tahun hadapan. Saya sudah buat separuh. Tapi masih banyak yang perlu dimurnikan. Erm.. macam mana nak muat naik power point atau dokumen dalam format Microsoft Word ke blog? Ada sesiapa yang boleh tolong? JAZAKALLAH KHAIR :-)

Cuti sekolah

بسم الله الرحمن الرحيم

Sudah 2 minggu cuti sekolah berlangsung. Banyak rupanya program yang telah berjalan di sini. Jom tengok gambar :-)



1) Alam Ria Cuti Sekolah ke Air Panas Pedas Negeri Sembilan
21 November 2011
Seramai hampir 40 orang kanak-kanak dan beberapa orang dewasa mengiringi rombongan ke sana. Seronok! ALHAMDULILLAH.

2) Kursus Pengurusan Jenazah Muslimat
22 November 2011
Dianjurkan oleh Biro Wanita beserta Nisa' Bukit Pegoh

3) Sambutan Maal Hijrah 1433 Peringkat Kampung Bukit Pegoh, Melaka
27 November 2011
Istimewanya majlis ini meraikan 13 orang tokoh Maal Hijrah yang terdiri daripada penduduk kampung yang telah banyak memberi sumbangan dan jasa.

4) Pertemuan Solehah Team
28 November 2011
Pertemuan anak-anak perempuan kampung bagi merapatkan ukhwah dan mengeratkan silaturrahim. Biarpun bilangan yang hadir masih kecil namun insya Allah akan bertambah dari masa ke semasa :)


5) Kelas Permata Al-Quran 4 (Kem Anakku Soleh Solehah 2)
29 November - 8 Disember 2011
Program ini sedang berlangsung untuk anak-anak mengaji al-Quran dan ada juga Bestari Solat. Mula jam 8.30 pagi sehingga 10.30 pagi. Seperti biasa sambutan amat menggalakkan. Lebih 100 orang peserta mengikuti program.

Ada beberapa lagi program bakal menyusul seperti pertandingan Futsal Silaturrahim, Kem Fiqh Wanita dan aktiviti Solehah Team. Insya Allah saya akan kemas kini nanti :)