Ahad, 30 November 2014

GST

Bismillah.

Buku pun kena GST? Oh tidaakkk... 

Haih...

Big Bad Wolf

Sabtu, 29 November 2014

Hari Keluarga

Bismillahirrahmanirrahim.

Saban tahun, ada sahaja program yang dianjurkan ketika cuti sekolah untuk anak-anak yang datang kelas mengaji di rumah.

Saya pun sudah ingat-ingat lupa. Mungkin bermula pada tahun 2009 apabila kami membawa mereka melawat dan mandi di taman air Taman Buaya Melaka. Tahun-tahun selepas itu kami ke Air Panas Pedas selain diselang-selikan dengan Kem Anakku Soleh Solehah, Master Chef - Memasak Tanpa Api, Usrah remaja dan sukaneka.

Tahun ini disebabkan kekangan waktu yang begitu menghambat kami memilih untuk menganjurkan Hari Keluarga Kelas Mengaji Baitul Fatimah pada hari ini bermula 8.00 pagi. Semua ibu bapa di jemput hadir dan membawa sepiring makanan. Ala-ala pot luck :)

Ada beberapa pertandingan yang dianjurkan kali ini iaitu :

* Pertandingan Bijak Bahasa Arab (8 tahun ke bawah)
* Pertandingan Bacaan Surah Al-Fatihah (Umur 4 - 5 tahun)
* Pertandingan Hafazan Juzuk Amma (Sekolah rendah dan menengah)
* Pertandingan Azan (Sekolah rendah dan menengah)
* Kuiz ibu bapa

Lebih istimewa, tetamu jemputan sudi hadir dan berkongsi ilmu dalam mendidik anak dengan al-Quran. Pn Siti Aminah (Facebook : Anakku Alhafiz) hadir bersama suami dan dua anaknya. Semoga Allah merahmati keluarga ini dengan berkat Al-Quran.

Pn Siti Aminah pernah bekerja sebagai Audiologist pada satu ketika dahulu namun telah meletakkan jawatan ekoran anaknya yang sulung ini sering sakit ketika kecil. Beliau turut menunggu sehingga majlis hampir selesai dan sudi menyampaikan hadiah kepada para pemenang ;)

Kagum dengan semangat beliau yang mendidik anak hafaz al-Quran. Allahu. Semoga Allah kurniakan saya dan suami semangat mendidik anak-anak menjadi hafiz hafizah. Semoga anak-anak yang turut mendengar perkongsian tadi beroleh motivasi untuk memulakan langkah menghafaz al-Quran. Insya Allah.



Displaying IMG_20141129_153340.jpg
Pertandingan hafazan

Adik Muiz memperdengarkan bacaan Surah Muzammil


Tidak kurang menarik lagi, kali ini kami mendapat hadiah tajaan dari Pn Khadijah Gani. Masya Allah Tabarakallah. Semoga Allah memurahkan dan memberkati rezeki beliau sekeluarga. Kami mendapat tajaan 8 buah buku dari pelbagai bidang dan poster-poster mengenal huruf hijaiyah hasil inovasi dari Pn Khadijah sendiri.

Subhanallah, nikmat Tuhanmu yang manakah mahu kamu dustakan?

Jumaat, 28 November 2014

Kelas Mengaji

Bismillahirrahmanirrahim.

Hari ini punya cerita ^_^


Baik pulih buku surah yasin

Belum mahu balik sedangkan sudah lama selesai mengaji al-Quran. >_<

Antara adik-beradik yang rajin datang mengaji (",)

Selasa, 25 November 2014

Ada Apa Dengan Nama

Bismillahirrahmanirrahim.

Selesai mengaji al-Quran, usrah remaja mengambil tempat. Kali ini kami menggunakan buku Wasiat Untuk Anak, karya Dr Zulkifli Bin Mohamad al-Bakri. Buku ini bagi saya sangat menarik selain mudah difahami dan pengisiannya amat bermakna buat anak-anak remaja. 

Kami mulakan dengan mengupas topik 1 : Ada Apa Dengan Nama. 

Kebanyakan adik-adik ini tahu akan makna nama mereka tetapi tidak terfikir bertanya kepada ibu ayah mengapa nama itu dipilih untuk mereka. Ya, nama ini adalah gambaran besarnya harapan ibu ayah kepada seseorang anak. Sebab itulah mereka memilih nama yang terbaik supaya anak ini menjadi anak yang soleh dan solehah.

Dr Zulkifli membawa dua buah kisah akan perihal nama yang menpengaruhi hidup seseorang. Satu, mengenai kisah seorang bernama Abdul Rasyid (Hamba kepada Yang Maha Cerdik) tetapi sering gagal dalam pelajaran gara-gara dipanggil dengan nama singkatan yang bermaksud 'gagal'. Dua, disebut oleh Imam Malik di dalam kitabnya, Al-Muwatta'.

                               



Segmen seterusnya bercerita mengenai tokoh-tokoh wanita dalam lipatan sirah. Adik-adik diberi tugasan memperkenalkan seorang tokoh wanita Islam pada sesi usrah minggu hadapan. Sesi kegemaran adik-adik ini ialah sesi soal jawab. Bertubi-tubi soalan ditanya ^_^

Moga kalian menjadi anak, isteri dan ibu yang solehah :)


Isnin, 24 November 2014

Aktiviti wajib cuti sekolah anak-anak

Bismillahirrahmahmanirrahim.

Untuk kesekian kalinya kami singgah untuk meminjam buku sambil bermain di Perpustam. Malangnya Ruang Santai dalam penambahbaikan. Maka tidak dapatlah anak-anak bermain di situ. Tetapi yang bagusnya mereka ralit dengan buku-buku.

Alamak, si kakak memegang buku "princess" tetapi dalam bahasa Cina. Kasihannya belum sampai masa pula nak ajar mandarin pada anak (wah, berangan! Hehe..haruslah berangan dahulu kan, barulah ada usaha untuk mencapai impian ;))

Kami meminjam 9 buah buku :

1. Buku "princess" bahasa Cina
2. Look At This - Siri Peter and Jane 1b
3. Barney's Many Hats
4. The Cat in The Hat Great Flip Book
5. Srikandi-srikandi yang Benar (PTS)
6. Apabila Remaja Bercinta...2 Alkisahnya (Muslim Teens)
7. Kisah Saya Saudara Baru (PTS)
8. Ladang Hati Mustika (AMN Publications)
9. Kafe Damia (JS)

Tarikh pulang pada 15 Disember nanti. Tadi saya lihat pustakawan sedang sibuk memproses buku baharu, ada juga rak yang telah dianjak dan beratus buku tersusun di atas meja. Penghawa dingin juga tidak berfungsi di perpustakaan kanak-kanak. Pengunjung hari ini tidak ramai maka agak selesa mencari dan memilih buku tadi :)

JOM baca buku!

Makan ayam goreng dahulu sebelum masuk :D

Di hadapan perpustakaan. 

Yeay! main di sini sekejap 

Buku yang dipinjam hari ini. Abdullah tak lepas memegang Barney's Many Hats dan Khaulah ke hulu hilir bawa buku "princess".