Jumaat, 24 April 2015

Seminar Anak Cinta Al-Quran

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah segala puji hanya bagi Allah. Dialah yang berhak dipuji kerana segala nikmat adalah kurniaan-Nya.

Selesai sudah seminar ini pada 11 April 2015, Ahad di Akademi Anakku AlHafiz, Malim, Melaka. Seminar satu hari ini menampilkan dua orang presenter iaitu Pn Siti Aminah (Pengasas Akademi Anakku Al-Hafiz) dan saya sendiri.

Masya Allah. La hawla wala quwwata illa billah.

Semoga menjadi ilmu yang bermanfaat.

* Testimoni oleh Pn Raihana Zainal Abidin (Facebook : Anak Soleh Musleh)
https://www.facebook.com/anaksolehmusleh/photos/a.1717256051833942.1073741828.1717173138508900/1830470697179143/?type=1&theater









Ahad, 15 Mac 2015

Playgroup Siri 2

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah Allah beri keizinan hari ini dapat diadakan sesi Playgroup kami yang kedua. Mengambil "iktibar" daripada sesi satu dahulu di mana anak-anak lelaki tidak dapat fokus lama dalam membuat sesuatu, maka kali ini kami adakan 3 sesi dalam jangka masa 5 minit setiap aktiviti.

Aktiviti tersebut ialah :

1. Kolaj huruf hijaiyah.
2. Sorting bola ikut warna.
3. Memasukkan bola ke dalam bakul dalam jarak tertentu.

Aktiviti pertama berjalan lancar untuk anak-anak perempuan. Anak lelaki tidak begitu berminat. Baik. Saya memerhati dalam diam. Masuk aktiviti kedua sudah mula haru-biru. Haha... sebabnya saya dan rakan membawa bola kecil berwarna-warni masing-masing. Tetapi .. anaknya menyangka semua bola adalah kepunyaannya dan tercetuslah perebutan dan pergaduhan kecil. Maka playgroup hari ini ditamatkan lebih awal :D

Saya kira perlu ambil kira aktiviti untuk anak jenis kinestetik :) Insya Allah. Akan datang.


Sabtu, 17 Januari 2015

Sekolah di rumah ;)

Bismillahirrahmanirrahim.

Isnin lepas bermula persekolahan selepas sesi ditangguhkan beberapa waktu. Adik susuan Khaulah turut bersekolah tahun ini. Cuti tanpa gaji saya masih berbaki. Insya Allah jadual harian anak masih berjalan seperti biasa.

Selepas urus diri dan sarapan, anak-anak akan mengaji al-Quran / Iqra' At-Taisir serta memperdengarkan hafazan masing-masing. Untuk bayi, diperdengarkan dengan audio juzuk 30.

Khaulah bertambah semangat mahu bersekolah apabila melihat gambar adik susuannya bersekolah hari Isnin lalu ;) Disebabkan dia belum bersekolah, layankan sahaja kehendaknya. Hari-hari di mana saya bekerja juga sebenarnya aktiviti belajar di rumah juga berjalan mengikut masa yang fleksibel. Fleksibel dengan masa saya. huhu..

Setiap sesi hanya dalam 15 minit kemudian rehat selama 2 ke 3 minit. Ini bagi mengelakkan anak-anak berasa bosan dan mengeluarkan tantrum yang ya ampunnn mencabar kesabaran. Apa pun perlu berbalik kepada niat yang ikhlas dalam mendidik anak. Lillahi taala.

Ini antara aktiviti anak sepanjang minggu ini.




Ahad, 30 November 2014

GST

Bismillah.

Buku pun kena GST? Oh tidaakkk... 

Haih...

Big Bad Wolf

Sabtu, 29 November 2014

Hari Keluarga

Bismillahirrahmanirrahim.

Saban tahun, ada sahaja program yang dianjurkan ketika cuti sekolah untuk anak-anak yang datang kelas mengaji di rumah.

Saya pun sudah ingat-ingat lupa. Mungkin bermula pada tahun 2009 apabila kami membawa mereka melawat dan mandi di taman air Taman Buaya Melaka. Tahun-tahun selepas itu kami ke Air Panas Pedas selain diselang-selikan dengan Kem Anakku Soleh Solehah, Master Chef - Memasak Tanpa Api, Usrah remaja dan sukaneka.

Tahun ini disebabkan kekangan waktu yang begitu menghambat kami memilih untuk menganjurkan Hari Keluarga Kelas Mengaji Baitul Fatimah pada hari ini bermula 8.00 pagi. Semua ibu bapa di jemput hadir dan membawa sepiring makanan. Ala-ala pot luck :)

Ada beberapa pertandingan yang dianjurkan kali ini iaitu :

* Pertandingan Bijak Bahasa Arab (8 tahun ke bawah)
* Pertandingan Bacaan Surah Al-Fatihah (Umur 4 - 5 tahun)
* Pertandingan Hafazan Juzuk Amma (Sekolah rendah dan menengah)
* Pertandingan Azan (Sekolah rendah dan menengah)
* Kuiz ibu bapa

Lebih istimewa, tetamu jemputan sudi hadir dan berkongsi ilmu dalam mendidik anak dengan al-Quran. Pn Siti Aminah (Facebook : Anakku Alhafiz) hadir bersama suami dan dua anaknya. Semoga Allah merahmati keluarga ini dengan berkat Al-Quran.

Pn Siti Aminah pernah bekerja sebagai Audiologist pada satu ketika dahulu namun telah meletakkan jawatan ekoran anaknya yang sulung ini sering sakit ketika kecil. Beliau turut menunggu sehingga majlis hampir selesai dan sudi menyampaikan hadiah kepada para pemenang ;)

Kagum dengan semangat beliau yang mendidik anak hafaz al-Quran. Allahu. Semoga Allah kurniakan saya dan suami semangat mendidik anak-anak menjadi hafiz hafizah. Semoga anak-anak yang turut mendengar perkongsian tadi beroleh motivasi untuk memulakan langkah menghafaz al-Quran. Insya Allah.



Displaying IMG_20141129_153340.jpg
Pertandingan hafazan

Adik Muiz memperdengarkan bacaan Surah Muzammil


Tidak kurang menarik lagi, kali ini kami mendapat hadiah tajaan dari Pn Khadijah Gani. Masya Allah Tabarakallah. Semoga Allah memurahkan dan memberkati rezeki beliau sekeluarga. Kami mendapat tajaan 8 buah buku dari pelbagai bidang dan poster-poster mengenal huruf hijaiyah hasil inovasi dari Pn Khadijah sendiri.

Subhanallah, nikmat Tuhanmu yang manakah mahu kamu dustakan?