Isnin, 23 April 2012

Comparing fractions

Bimillahirrahmanirrahim.

Ini sekadar latihan pengayaan di dalam kelas. Sebenarnya ia adalah online game dari http://www.mathplayground.com/fractions_compare.html. Menarik laman sesawang tersebut. Ada pelbagai lagi aktiviti yang boleh diperolehi di sini. Untuk pengisian yang lebih anda boleh ke laman tersebut.

Saya ambil sedikit soalannya dan tukar ke dalam bentuk power point. Jadi tak adalah ikon yang bergerak-gerak. Jika boleh bawa murid ke bilik komputer mungkin ini satu pilihan yang baik :) Di kelas saya tiada capaian internet, maka saya salinkan sahaja ke komputer-komputer kelas. Walau pun sukar bagi murid saya tetapi mereka tetap cuba buat. Mungkin kerana minda sudah set 'permainan matematik'.

Saya jarang muat naik bahan matematik kerana saya sendiri belum mahir dengan kaedah yang terbaik untuk mengajar murid saya. Kebanyakan mereka mempunyai multiple difficulties dan kaedah latih tubi yang agak membantu setakat ini.







Boleh emel saya di nafisatul.ilmi@gmail.com untuk versi Microsoft Power Point. Semoga bermanfaat :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan