Sumber gambar : http://mama-janes.com/page/2/
Berpagi-pagi dengan fitrah Islam.
Sobahul khair! Bangun pukul berapa hari ini? Apa perkara pertama yang kita buat selepas celik dari tidur? :)
Mari kita tengok sunnah yang dilakukan oleh Nabi Junjungan kita Muhammad Sollallahu 'alaihi wasallam.
(Saya petik dari buku Lebih Dari 1000 Amalan Sunnah dalam Sehari Semalam karangan Khalid Al-Husainan. Terbitan Pustaka Imam Asy-Syafi'i. Harga RM17.00. Pengedarnya di Malaysia ialah Telaga Biru..)
Sunnah 1
Mengusap bekas tidur yang ada di wajah dengan tangan.
- Menurut Imam An-Nawawi dan al-Hafiz Ibnu Hajar hal ini dianjurkan berdasarkan hadis Rasulullah Sollallahu 'alaihi wasallam : "Rasulullah Sollallahu 'alaihi wasallam bangun tidur kemudian duduk sambil mengusap bekas tidur dari wajahnya dengan tangannya." (Hadis Riwayat Muslim no 763).
Sunnah 2
Berdoa ketika bangun tidur.
"Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkan kami setelah Dia mewafatkan (menidurkan) kami, dan kepada-Nya kami dibangkitkan." (Hadis Riwayat al-Bukhari no 6312 dan Muslim no 2711)
Sunnah 3
Bersiwak.
"Apabila Rasulullah Sollallahu 'alaihi wasallam bangun malam, beliau membersihkan mulutnya dengan bersiwak." (Muttafaqun 'alaih) (Hadis Riwayat al-Bukhari no 245 dan Muslim no 255)
Sunnah 4
Beristintsar - iaitu mengeluarkan atau menyemburkan air dari hidung sesudah menghirupnya.
Rasulullah Sollallahu 'alaihi wasallam bersabda : "Apabila seorang dari kalian bangun tidur, maka beristintsalah 3 kali, kerana sesungguhnya syaitan bermalam di hujung rongga hidungnya." (Muttafaqun 'alaih) (Hadis Riwayat al-Bukhari no 3295 dan Muslim no 238).
Sunnah 5
Mencuci kedua-dua tangan sebanyak 3 kali.
"Apabila salah seorang dari kalian bangun tidur, janganlah dia memasukkan tangannya ke dalam bejana sebelum ia mencucinya 3 kali." (Muttafaqun 'alaih) (Hadis Riwayat al-Bukhari no 162 dan Muslim no 278).
Semoga bermanfaat. Ingatan untuk diri saya sendiri dan sahabat-sahabat pembaca sekalian.
Wallahualam.
kak..kak guna artisteer ke??
BalasPadam