Isnin, 14 Januari 2013

Sepetang bersama Khaulah

Assalamualaikum dan Alhamdulillah masih lagi diberi Allah nikmat kesihatan dan dapat bersama dengan keluarga tercinta. 

Kebelakangan ini sangat risau dengan 'habit' anak yang suka menonton televisyen. Selepas membaca buku Art of Deception bertambah-tambah lagi kerisauanku.. Maka otak saya ligat memikirkan apakah aktiviti yang sesuai dilakukan oleh si kakak yang berusia 2 tahun 3 bulan ini? 

Hmm.. mungkin aktiviti seni boleh membantu! 

Pukul 3.30 petang, saya panggil si kakak ini masuk ke ruang bilik, ambil sehelai kertas A4 putih terpakai (kertas A4 sudah habis), sehelai kertas warna merah jambu dan gam. Abi tolong lukiskan huruf 'a' (alif berbaris atas) dan saya mulakan aktiviti dengan memberitahu Khaulah tujuan saya memanggilnya dan menunjukkan semua bahan tersebut. 

Mulanya saya mengoyakkan kertas ini besar-besar dan dia hanya menampal kolaj 'a' tersebut. Lama-kelamaan saya beri anak ini mengoyakkan sendiri kertas tersebut kerana mahu melihat kemahiran manipulatifnya. Bolehlah koyakkan kertas walaupun saiznya berkali ganda besarnya ;) Usai aktiviti, Khaulah dapat mengenal 'a' sehingga kini. Alhamdulillah.


Tekun buat kerja :)

Tadaaaaaa... inilah hasil kerja saya! Alhamdulillah


Gambar kedua yang menunjukkan daun bertampal itu sebenarnya aktiviti tambahan. Sengaja membawa Khaulah keluar rumah dan memperkenalkan nama-nama pokok. Jadi Khaulah petik daun dan tampalkan pada kertas (menunjukkan dia belajar mengenal 2 jenis pokok hari ini ; pokok mangga dan daun kari).

Objektif saya tercapai dan Khaulah pun sangat gembira sehingga tertidur keletihan.. 

ALLAHUMMA FAQQIHHU FIDDEEN WA'ALLIMHUTTAKWIL. Ameen...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan