Bimillahirrahmanirrahim.
WASIAT TARBIYATUL AULAD
WASIAT TARBIYATUL AULAD
(Ringkasan
ceramah tabiyatul aulad oleh alfadhil Ustaz Datuk Abd Rahim b,Abd Khaliq
alhafiz - lulusan Universiti Islam Madinah sempena Majlis Penutup Kem Remajaku Soleh Solehah 2012, Kg Bkt Pegoh Melaka)
Buat ayah dan
ibu,benarlah kata Nabi Sollallahu’alaihi wasallam,anak itu buah hati,pada masa
yang sama anak-anak ini amanah besar buat ibu dan ayah.Padang mahsyar akan
menanti ibu dan ayah bagi menjawap segala amanah tarbiyah anak-anak ini.Ibu dan
ayah yang dirahmati Allah,anak-anak bukan sahaja perlu Ri’ayah(keperluan/jagaan)
tetapi perlu juga Tarbiyah.Mari kita mulakan perbanyak istighfar dan amal
soleh,insya Allah Allah akan beri berkat pada Anak.
11 Tips tarbiyah
melahirkan anak Soleh Solehah:
1- Cari pasangan yang
Soleh Solehah, andaikata sudah berkahwin, usahakan sedaya mungkin, jadilah
pasangan yang baik soleh solehah. Pasti
terbina anak soleh solehah
2- Amalkan sunnah Nabi
antaranya membaca doa setiap kali bersama (jima’):
Jika salah seorang di antara kalian
membaca :
اللّهُمَّ جَنِبْنَا الشَّيْطَانَ وَجَنِّبِ الشَّيْطَانَ مَا رَزَقْتَنَا
Bismillah, allahumma jannibn
asy-syaithana wa jannibi sy-syaithana maa razaqtana
Ertinya
: “Bismillah, ya Allah jauhkanlah syaitan dari kami, dan jauhkanlah syaitan
dari rezeki yang engkau berikan kepada kami”, maka keduanya diberikan seorang
anak yang tidak akan diganggu oleh syaitan selama-lamanya.” (Hadis
Riwayat Al-Bukhari no.141 dan Muslim no.1434).
3- Aqiqah - laksanakan aqiqah buat anak
semasa mereka berumur 7 hari atau selewat-lewatnya sebelum baligh.
4- Ajarilah
anak-anak Solat, doa-doa serta
zikrullah. Banyakkan memberi nasihat berunsur aqidah.Contohi nasihat luqman
kepada anaknya: Wahai anakku, janganlah kamu mensyirikkan Allah!
5- Tarbiyyahlah anak
bagaimana yang diajar oleh Rasulullah sollallahu’alaihiwasallam.
6- Jangan samakan tarbiyyah & kasih sayang
antara anak-anak.
7- Usahakan jangan
bergaduh & bertengkar di depan anak-anak.
8- Tunjukkan kasih sayang kepada anak-anak dan
ikhlaslah. Kasih sayang kepada anak subur dengan sentiasa memberi salam
pada anak-anak
9- Percayakan
anak-anak, yakini kemampuan mereka serta hargailah!
1- Beri peluang
anak-anak bergaul dengan orang yang soleh solehah.
1
- Banyakkan berdoa
buat anak-anak. Antaranya :
Rabbi
habb-li minas soolehin
Ertinya
: Wahai Tuhanku, kurniakan kepadaku dari golongan orang-orang yang soleh
JIKA KITA INGIN ANAK SOLEH SOLEHAH KITA IBU BAPA PERLU JADI SOLEH SOLEHAH-ULAMA’
-Kem Anakku Soleh Solehah, Bkt pegoh.
-DOA –DOA
MEMOHON ANAK SOLEH SOLEHAH :
*
*
Surah Ali-Imran ayat 38:
Rabbi habb-li min ladunka
zurr-rie-ya-tan thoi-yii-ba-tan in-na-ka sami-ud dua’
Ertinya: “Wahai tuhanku! Kurniakanlah kepada ku dari
sisi Mu zuriat keturunan yang baik. Sesungguhnya Engkau sentiasa Maha Menerima
doa Permohonan”
* Surah As-saaffaat ayat
100:
Rabbi habb-li minas soolehin
Ertinya : Wahai Tuhanku,
kurniakan kepadaku dari golongan orang-orang yang soleh
*Surah Ibrahim ayat 40:
Rab-bij-al-ni muqimas-solah wa
min-zurr-rie-yati , rabbana wa taqabbal dua’
Ertinya
: “Wahai tuhanku, jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikian
juga zuriat keturunanku. Wahai tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.”
* Surah
al-Furqan ayat 74 :
Rab-bana hablana min azwaajina wa
-zurr-rie-yatina qurrata a’yuniww waj ‘alna lilmuttaqiina imaama
Ertinya:
"Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat
keturunan kami perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah
kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa”.
SELAMAT BERDOA. DOA ITU SENJATA KITA
Ditulis oleh : Abu Khaulah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan