Ahad, 11 Disember 2011

Doa mengharap anak atau kenalan anda hilang rasa untuk melakukan maksiat

Sumber gambar : newmuslimkids.blogspot.com

بسم الله الرحمن الرحيم

~ Sumber daripada buku 101 Doa daripada Hadis-hadis Sahih, Ustaz Zahazan Mohamad terbitan Telaga Biru Sdn Bhd.

Letak tangan di dadanya dan bacalah doa ini :

اللهُمَّ اغْفِرْ ذَنْبَهُ وَطَهِّرْ قَلْبَهُ وَحَصِّنْ فَرْجَهُ

Maksudnya : "Ya Allah, ampunilah dosanya, bersihkan hatinya dan peliharalah kemaluannya." (Riwayat Ahmad no 22265)

Doa ini dipetik dari sebuah hadis daripada Abu Umamah r.a ketika seorang pemuda mendatangi Rasulullah sollallahu 'alaihi wasallam untuk meminta izin berzina. Rasulullah sollallahu 'alaihi wasallam tidak terus memarahi dan melarangnya, namun baginda sollallahu 'alaihi wasallam memberikan analogi untuk menggugat perasaan lelaki tersebut dengan memberikan soalan :

"Apakah kamu suka bila perzinaan itu dilakukan terhadap ibumu?"

Tentu sahaja dia menjawab tidak suka, manusia manakah yang mahu ibuna diperlakukan begitu. Lalu Rasululah bertanya lagi secara berurutan, apakah ia suka bila dilakukan terhadap anak perempuannya, saudara perempuan dan makciknya. Pemuda tersebut kemudian sedar tentang impak buruk zina dalam masyarakat lalu terus bertaubat.


## Masya Allah hebatnya Rasulullah tidak terus marah malahan sempat diberi soalan bagi menyedarkan pemuda tersebut. Inilah contoh dakwah bil hikmah. Rasulullah sollallahu 'alaihi wasallam pandai memilih kaedah mendekati seseorang. Semoga saya juga dapat bersifat penyabar seperti baginda dan yang penting tidak sekali-kali menghukum sebelum mengetahui perkara sebenar. Husnu dzoan (bersangka baik).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan