Jumaat, 23 Disember 2011

Kuasa kita semakin kecil


بسم الله الرحمن الرحيم

Sebulan berbelanja, setahun menabung.
Agak-agak anda situasi manakah biasa kita jumpa pada ayat ini? Ya, tepat sekali!. Waktu hari raya puasa. Mengapa ya jadi begitu? Mudah sahaja, kerana kita memang sukar mahu berlepas diri dari membuat persiapan raya dengan sangat meriah sehingga terpaksa berbelanja besar.
Anda tidak menentukan rezeki anda
tetapi kuasa berbelanja berada di tangan anda
Sungguh tepat kata-kata ini, kan?
Sudah hujung tahun ini, tinggal lebih kurang seminggu untuk anak-anak kita bersekolah semula. Tambahan pula bulan ini ibu bapa dapat gaji lebih awal bagi yang kerja kerajaan. Gaji juga sudah diselaraskan. Maka, bersiap sedialah pada tahun hadapan. Barang pasti naik harga lagi =.=
Masya Allah..
Dalam dua, tiga minggu ini selalu juga saya tertonton rancangan yang menyentuh hati. Antaranya Jemputan Umrah ASTRO Oasis minggu ini yang memaparkan sepasang suami isteri yang dikurniakan anak yang menghadapi masalah pernafasan. Ya Allah, berat mata yang memandang berat lagi bahu yang memikul. Bayi kecil itu lebih kurang sebesar anak saya. Tersentap hati melihat melihat keadaannya yang begitu bergantung kepada tiub oksigen. Bagaimana jika saya sendiri mengalami situasi itu? Allahuakbar..
Lalu saya berfikir dan muhasabah diri sejauh mana sifat prihatin dalam diri? Berapa ramaikah orang yang sudah saya bantu tahun ini? Adakah ahli keluarga dan saudara terdekat yang mengalami kesusahan terlepas pandang oleh saya? Ya Allah, ampunilah saya.
Dalam keadaan kini di mana wang menjadi keperluan utama dalam kehidupan, semakin ramai orang yang tertekan dek masalah kewangan. Tidak adakah solusi menangani masalah ini?
Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, ada seorang lelaki datang menemui Baginda sollallahu ‘alaihi wasallam seraya bertanya, “Wahai Pesuruh Allah! Apakah bentuk derma yang terbaik?.” Rasulullah menjawab, “Derma yang diberikan ketika kamu sihat dan asyik mengumpul harta serta takut miskin. Usahlah bertangguh memberi derma sehingga tiba saat kematianmu dan berkata, “Berikanlah sebanyak ini kepada si polan dan sebanyak ini pula kepada si polan,” dan pada ketika itu harta itu semua bukan milikmu lagi tetapi ia menjadi milik si polan itu (iaitu warismu).”
Menderma ketika senang? Masya Allah inilah perkara yang selalu juga saya ‘tertinggal’. Mana tidaknya, gaji yang diperolehi diatur sebahagian untuk ibu bapa, sebahagian untuk hutang-hutang, segala macam bil, keperluan dapur dan lain-lain.
Sumber gambar : supercoloring.com
"Orang-orang yang menafkahkan hartanya di malam dan di siang hari secara tersembunyi dan terang-terangan maka mereka mendapat pahala di sisi Tuhan mereka. Tidak ada kekhuatiran terhadap mereka dan tidak pula mereka bersedih hati." (Surah al-Baqarah ayat 274)

Subhanallah..Allah janjikan tiada kekhuatiran dan tiada bersedih hati sekiranya kita menderma atau menafkahkan sesuatu secara sembunyi atau terang-terangan.

Ayuh, mari kita tanamkan azam supaya dapat berderma sebanyak-banyaknya. Taqabbalallah minna wa minkum. Semoga Allah menerima amalan kami dan amalan kamu. Biar sedikit tetapi berterusan.... Doakan saya juga jadi orang yang istiqamah :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan