Bismillah walhamdulillah..
Bengkel kraf Felt telah berjalan dengan lancar seperti yang dirancang. Kehadiran kali ini bertambah dan semua peserta bersemangat mengikuti bengkel. Wah, macam gah sahaja bunyinya :) Tidaklah... sekurang-kurangnya ada aktiviti yang bermanfaat dapat dianjurkan bagi mengisi masa yang ada.
Antara tujuan utama penubuhan Solehah Team di tempat saya ialah ingin menarik minat anak-anak remaja perempuan untuk berkumpul dan sama-sama mengeratkan silaturrahim. Dalam masa yang sama mengisi masa dengan kegiatan berfaedah, perkongsian ilmu bermanfaat dan seterusnya ingin menegakkan yang ma'ruf dan mencegah kemungkaran. Semoga usaha yang kecil ini diberkati Allah.
Sungguhpun begitu saya akui begitu banyak kelemahan yang masih ada dan insya Allah akan sentiasa diperbaiki dari masa ke semasa terutama dari segi promosi aktiviti kerana ramai lagi anak-anak kampung yang tidak mengetahui kewujudan ini.
Oh ya.. ini bukanlah assabiyah ya.. Anak-anak dari tempat lain juga dialu-alukan menyertai kami :)
Opss..maaf, mari kita berbalik kepada cerita asal. Pada 10 Disember lepas saya menjemput rakan saya, Kak Zura dari airacraftvalley. Beliau menunjuk ajar cara paling asas dalam membuat kraf ini. Masing-masing teruja menjahit felt craft sendiri :) Antara benda yang diajar ialah membuat rantai kunci bentuk hati, bunga ros dan penanda buku. Jazakallah kak! Tahun depan insya Allah kami nak anjurkan lagi bengkel ini. Pastinya dalam bentuk yang lebih menarik dan perancangan yang lebih rapi.
Jom layan gambar-gambar :)
Ada lebih kurang 10 buah rantai kunci bentuk hati lagi yang tidak diambil gambar. Disebabkan kesuntukan masa hari itu, kebanyakan peserta pulang tanpa menikmati minum petang. Tidak mengapa jumpa lagi pada pertemuan akan datang. Maassalamah wailalliqa' :)
Salam Ukhuwah Ummu Khaulah!
BalasPadamTerima kasih kerana sudi berkunjung ke Aku Dan Kafe Buku =).Cantik Blog Bintang Hati. Semoga dalam barakahNya selalu.
Jumpa lagi.
Kak Mazny!
BalasPadamWah, terima kasih berkunjung ke sini. Suka dengan catatan perjalanan akak.
Barakallahufik :)