Ahad, 3 Januari 2010

Cikgu kelas..

Bimillahirrahmanirrahim.

Petang tadi ke sekolah untuk mengutip yuran. Sudah dapat tugasan. Jadi guru kelas 4A1, mengajar Matematik tahun 3, 4, dan 5, Pendidikan Seni Visual tahun 4, dan Pendidikan Muzik Tahun 5A2.

Sesampai sahaja di kantin (tempat kutip yuran), ada ibu bapa yang sudah menunggu. Alahai.. tengah kalut sebab tidak tahu secara detail apa yang perlu dibuat. Marah agaknya puan tu. Hahaha..

Murid ada 5 orang sahaja. Mujur juga dah kenal mereka. Praktikum yang terakhir pernah ajar mereka satu subjek. Tapi 4 orang sahaja yang mendaftar tadi. Jadi, Cikgu Aina esok kena datang sekolah awal ^_^;

SKPKM terima 6 orang guru baru. Ramai, kan?

Ramai juga menegur tadi. Ahaha, selamat kembali..tahniah..dan lain-lain..
Saya berdoa segala urusan saya dipermudahkan. Chaiyok!