Isnin, 23 April 2012

Comparing fractions

Bimillahirrahmanirrahim.

Ini sekadar latihan pengayaan di dalam kelas. Sebenarnya ia adalah online game dari http://www.mathplayground.com/fractions_compare.html. Menarik laman sesawang tersebut. Ada pelbagai lagi aktiviti yang boleh diperolehi di sini. Untuk pengisian yang lebih anda boleh ke laman tersebut.

Saya ambil sedikit soalannya dan tukar ke dalam bentuk power point. Jadi tak adalah ikon yang bergerak-gerak. Jika boleh bawa murid ke bilik komputer mungkin ini satu pilihan yang baik :) Di kelas saya tiada capaian internet, maka saya salinkan sahaja ke komputer-komputer kelas. Walau pun sukar bagi murid saya tetapi mereka tetap cuba buat. Mungkin kerana minda sudah set 'permainan matematik'.

Saya jarang muat naik bahan matematik kerana saya sendiri belum mahir dengan kaedah yang terbaik untuk mengajar murid saya. Kebanyakan mereka mempunyai multiple difficulties dan kaedah latih tubi yang agak membantu setakat ini.







Boleh emel saya di nafisatul.ilmi@gmail.com untuk versi Microsoft Power Point. Semoga bermanfaat :)

Sabtu, 21 April 2012

Soalan Sivik

Bimillahirrahmanirrahim.

Tidak lama lagi Peperiksaan Pertengahan Tahun bakal menjelma. Jadual Pembina Item sudah keluar. Saya perlu buat soalan untuk Pendidikan Sivik, Pendidikan Seni dan Matematik tahun 5. Semuanya menggunakan JSU. Wah!

Teringat masa belajar dahulu, ada belajar subjek ini yang dipanggil U & N atau Ujian dan Penilaian. Sangat susah bagi saya. Huhu. Tak sangka selepas hampir 5 tahun, ilmu ini perlu digunakan.

Di bawah ini saya sertakan Latihan Topik 4 Mengenali Keluarga Kembangan subjek Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Tahun 5 yang dibuat untuk P&P kelas saya. Sudah mengikut JSU. Ini untuk objektif sahaja. Subjektif saya lupa di mana saya simpan.

Mungkin boleh klik kanan untuk besarkan imej. Maaf, saya upload dalam bentuk imej :) Boleh emel saya di nafisatul.ilmi@gmail.com jika mahukan versi Microsoft Word. Semoga bermanfaat.

Masa semakin hampir

Idea..idea..

30 April semakin hampir. Masa untuk menghantar tugasan Pengkarya Guru. Apa khabar agaknya rakan-rakan yang lain? :) Mungkin ada yang sudah menghantar, mungkin juga ramai yang sudah hampir siap :) Saya? Masih separuh jalan ^_^;

Di bawah ini antara hasil ilustrasi yang dibuat oleh cikgu-cikgu. Cantik kan?


Jumaat, 13 April 2012

Lagu Negaraku berisyarat

Bimillahirrahmanirrahim.



Pengkarya Guru

Bimillahirrahmanirrahim.


"Hanya orang yang sibuk sahaja menulis"

Cabaran!!

Selamat berkarya (",)

Jumpa di siri ke-2 insya Allah.

Rabu, 4 April 2012

BIK Tema Permainan

Bimillahirrahmanirrahim.

BIK ialah singkatan kepada Bahasa Isyarat Komunikasi. Ia merupakan subjek yang diajar di sekolah pendidikan khas bermasalah pendengaran.

Ini ada cerita pendek yang bertemakan Topik 5 dalam silibus BIK Tahap 2 (Permainan / sukan / hobi).

Bermain Layang-layang


Minta maaf kualiti gambar tidak memuaskan :(