Jumaat, 19 April 2013

Domino

بسم الله الرحمن الرحيم

Sejak tahu cara-cara bermain domino, saya kerap menggunakannya di dalam P&P. Haha..terasa lambat pula tahu cara bermainnya. Sebelum ini saya pernah mendapat kad domino semasa membeli buku cerita anak tetapi saya tidak tahu langsung kegunaannya.

Seperti biasa saya mencari domino printable di internet. Banyak laman sesawang yang memberikan templat domino secara percuma. Akhirnya saya memilih A Pretty Blog DIY by Seven Swans.

Saya gunting dan tampal pada kertas warna dan akan dilaminate. Jika mahu bermain bersama anak, mungkin boleh besarkan gambar-gambar ini.

Cara bermain domino :- setiap orang diberi kad. Pemain pertama meletakkan sekeping kad (1 kad domino ada 2 bahagian), pemain kedua meletakkan gambar yang sama pada kad pertama (boleh pilih salah satu bahagian). Permainan diteruskan sehingga tamat.



Rabu, 17 April 2013

Buku pertama saya / Baby First Book *_^

Sudah lama berangan mahu buat kad imbasan mini dan diberi hadiah kepada rakan-rakan yang baru bersalin. Tetapi impian tinggal impian sahajalah.

Namun hari ini saya cuba laksanakan walaupun dalam keadaan yang sangat terhad bahan-bahannya (huwaa..kena beli pensel warna lagi. Dah 2 kotak habis digunakan tahun ini). Yelah, laptopku ada masalah. Terpaksalah menggunakan tangan untuk melukis dan mewarna. Sungguhlah tidak kreatif. Opss..Alhamdulillah  saya boleh melukis sedikit.

Ini hasilnya. Maaf ya baby Umar Qholid, ini yang termampu dibuat setakat ini. Semoga jadi anak yang soleh dan belajar pandai-pandai sehingga jadi ilmuwan Islam. Ameen ^_^


Lukis+warna+laminate+tebuk sendiri. Biar tak cantik tapi puas hati :)