Memaparkan catatan dengan label Kelas Mengaji Baitul Fatimah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kelas Mengaji Baitul Fatimah. Papar semua catatan

Ahad, 14 Jun 2015

Kelas akhir sebelum Ramadan

بسم الله الرحمن الرحيم

Hari ini diadakan jamuan makan untuk anak-anak kelas mengaji al-Quran kerana kelas akan berehat seketika sepanjang bulan ramadan dan awal Syawal. Namun kelas mengaji akan diadakan sekali seminggu iaitu pada hari Ahad pagi semasa bulan Ramadan nanti :)

Barakallahufikum.






Sabtu, 29 November 2014

Hari Keluarga

Bismillahirrahmanirrahim.

Saban tahun, ada sahaja program yang dianjurkan ketika cuti sekolah untuk anak-anak yang datang kelas mengaji di rumah.

Saya pun sudah ingat-ingat lupa. Mungkin bermula pada tahun 2009 apabila kami membawa mereka melawat dan mandi di taman air Taman Buaya Melaka. Tahun-tahun selepas itu kami ke Air Panas Pedas selain diselang-selikan dengan Kem Anakku Soleh Solehah, Master Chef - Memasak Tanpa Api, Usrah remaja dan sukaneka.

Tahun ini disebabkan kekangan waktu yang begitu menghambat kami memilih untuk menganjurkan Hari Keluarga Kelas Mengaji Baitul Fatimah pada hari ini bermula 8.00 pagi. Semua ibu bapa di jemput hadir dan membawa sepiring makanan. Ala-ala pot luck :)

Ada beberapa pertandingan yang dianjurkan kali ini iaitu :

* Pertandingan Bijak Bahasa Arab (8 tahun ke bawah)
* Pertandingan Bacaan Surah Al-Fatihah (Umur 4 - 5 tahun)
* Pertandingan Hafazan Juzuk Amma (Sekolah rendah dan menengah)
* Pertandingan Azan (Sekolah rendah dan menengah)
* Kuiz ibu bapa

Lebih istimewa, tetamu jemputan sudi hadir dan berkongsi ilmu dalam mendidik anak dengan al-Quran. Pn Siti Aminah (Facebook : Anakku Alhafiz) hadir bersama suami dan dua anaknya. Semoga Allah merahmati keluarga ini dengan berkat Al-Quran.

Pn Siti Aminah pernah bekerja sebagai Audiologist pada satu ketika dahulu namun telah meletakkan jawatan ekoran anaknya yang sulung ini sering sakit ketika kecil. Beliau turut menunggu sehingga majlis hampir selesai dan sudi menyampaikan hadiah kepada para pemenang ;)

Kagum dengan semangat beliau yang mendidik anak hafaz al-Quran. Allahu. Semoga Allah kurniakan saya dan suami semangat mendidik anak-anak menjadi hafiz hafizah. Semoga anak-anak yang turut mendengar perkongsian tadi beroleh motivasi untuk memulakan langkah menghafaz al-Quran. Insya Allah.



Displaying IMG_20141129_153340.jpg
Pertandingan hafazan

Adik Muiz memperdengarkan bacaan Surah Muzammil


Tidak kurang menarik lagi, kali ini kami mendapat hadiah tajaan dari Pn Khadijah Gani. Masya Allah Tabarakallah. Semoga Allah memurahkan dan memberkati rezeki beliau sekeluarga. Kami mendapat tajaan 8 buah buku dari pelbagai bidang dan poster-poster mengenal huruf hijaiyah hasil inovasi dari Pn Khadijah sendiri.

Subhanallah, nikmat Tuhanmu yang manakah mahu kamu dustakan?

Jumaat, 28 November 2014

Kelas Mengaji

Bismillahirrahmanirrahim.

Hari ini punya cerita ^_^


Baik pulih buku surah yasin

Belum mahu balik sedangkan sudah lama selesai mengaji al-Quran. >_<

Antara adik-beradik yang rajin datang mengaji (",)

Isnin, 24 November 2014

Jom mengaji!

Bismillahirrahmanirrahim.

Cuti sekolah ini kelas mengaji diadakan di sebelah pagi bermula jam 8. Tetapi anak-anak ini ada juga yang datang lebih awal. Oh, tuan rumah pun belum sarapan lagi. Hiks..

Selepas mengaji ada yang tidak mahu pulang, "lepak" dahulu di rumah sambil membaca buku, bermain atau berbual. Hoho... Anak oh anak. Bila ditanya mengapa tidak pulang? Jawabnya, bosan di rumah, ibu ayah pergi bekerja. Haih..sabar sahajalah T.T

Semoga kamu semua menjadi anak yang soleh dan solehah. Amin..

Kelas hari Rabu malam Khamis. Gambar ini diambil beberapa minggu lepas.

Selasa, 13 Mei 2014

Kelas Fardhu Ain

Bismillahirrahmanirrahim.

Biasanya hari Jumaat selepas maghrib ada kelas fardhu ain untuk anak-anak ini. Dibahagikan kepada dua kumpulan mengikut umur. 8 tahun ke bawah bersama saya dan 9 tahun ke atas bersama suami.

Kumpulan yang bersama saya biasanya membuat aktiviti pra menulis, belajar doa, mewarna dan membaca buku cerita. Pernah juga membuat aktiviti berdasarkan cerita yang dibaca.

Kumpulan yang bersama suami belajar akidah, tajwid, doa, hadith dan lain-lain.

Namun ada satu ketika kami ubah sedikit pendekatan. Buat kuiz pula. Aduh, riuh-rendah rumah dibuatnya :) Waktu inilah dapat melihat pelbagai kerenah mereka.  Ada yang bekerjasama, ada yang bijak memimpin kumpulan, ada yang "cool", ada yang gopoh tak kurang juga ada yang mudah putus asa. Haih ~_~



Adik-adik pun tidak kurang juga. Ajar doa dari hadith Sahih dan minta mereka lukiskan gambar berkaitan, bisingnya mulut bertanya itu dan ini. Haha.... pening juga. Yalah, saya dah biasa mengajar di sekolah dalam keadaan yang kurang bisingnya (murid masalah pendengaran), sekali hadap anak-anak ini kena bersabarrr juga ;)

Allahumma faqqihhu fiddeen wa'allimhuttakwil :)

Ahad, 4 Disember 2011

Cuti sekolah

بسم الله الرحمن الرحيم

Sudah 2 minggu cuti sekolah berlangsung. Banyak rupanya program yang telah berjalan di sini. Jom tengok gambar :-)



1) Alam Ria Cuti Sekolah ke Air Panas Pedas Negeri Sembilan
21 November 2011
Seramai hampir 40 orang kanak-kanak dan beberapa orang dewasa mengiringi rombongan ke sana. Seronok! ALHAMDULILLAH.

2) Kursus Pengurusan Jenazah Muslimat
22 November 2011
Dianjurkan oleh Biro Wanita beserta Nisa' Bukit Pegoh

3) Sambutan Maal Hijrah 1433 Peringkat Kampung Bukit Pegoh, Melaka
27 November 2011
Istimewanya majlis ini meraikan 13 orang tokoh Maal Hijrah yang terdiri daripada penduduk kampung yang telah banyak memberi sumbangan dan jasa.

4) Pertemuan Solehah Team
28 November 2011
Pertemuan anak-anak perempuan kampung bagi merapatkan ukhwah dan mengeratkan silaturrahim. Biarpun bilangan yang hadir masih kecil namun insya Allah akan bertambah dari masa ke semasa :)


5) Kelas Permata Al-Quran 4 (Kem Anakku Soleh Solehah 2)
29 November - 8 Disember 2011
Program ini sedang berlangsung untuk anak-anak mengaji al-Quran dan ada juga Bestari Solat. Mula jam 8.30 pagi sehingga 10.30 pagi. Seperti biasa sambutan amat menggalakkan. Lebih 100 orang peserta mengikuti program.

Ada beberapa lagi program bakal menyusul seperti pertandingan Futsal Silaturrahim, Kem Fiqh Wanita dan aktiviti Solehah Team. Insya Allah saya akan kemas kini nanti :)

Jumaat, 25 Disember 2009

Rehlah I

Bimillahirrahmanirrahim.

Hari ini ke Taman Buaya dan Rekreasi, Ayer Keroh Melaka. Membawa seramai 25 orang kanak-kanak riang dan 9 orang besar :D 1 van dan 4 kereta.

Perancangan ke Taman Buaya ini menggantikan pelan program di Taman Seribu Bunga, Melaka yang entah bilalah kakak dan abang mereka nak buat ini.

Menepati masa sungguh mereka kali ini! Yang pasti, tidak ada yang tertinggal :D

Masuk dengan tiket "Buy 1, Free 1". Harga tiket dewasa RM 10 dan kanak-kanak bawah 12 tahun RM 6. Ada 25 kanak-kanak riang, jadi guna 13 tiket (rugi 1 tiket free) dan 4 tiket dewasa.



Apa yang ada di dalam Taman Buaya ini?

Pelbagai jenis buaya.

Rumah Hantu.

Rumah Cermin.

Keretapi.

Paling seronok --> Taman tema air!

Ada juga pertunjukan buaya. Tapi, tadi tak sempat tonton. Masa sudah over limit. Hendak menunaikan solat Jumaat.

Seronok mereka main air. Sampai ada yang tak nak balik! Huhu..

Terima kasih. . .

Kepada mereka yang membantu program ini - Mak, ayah, Kak Yah dan abang Halim, Wan, Ipi.

Kanak-kanak riang sekalian.

Dan pakcik van :D

Lepas ini kita rancang program lain pula. Insya Allah :)


Nota kaki :- Gambar akan dimuat naik kemudian, insya Allah.