Memaparkan catatan dengan label Roadschooling. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Roadschooling. Papar semua catatan

Isnin, 28 Oktober 2013

Projek Mini Sains @Petrosains Science Festival

Bismillah walhamdulillah.


Rupa-rupanya ada Festival Sains di Petrosains 22-27 Oktober 2013. Tak rugi ke sana :)  Ada 2 pilihan diberitahu oleh pekerja kaunter iaitu bayar RM30 untuk 1 keluarga masuk ke Petrosains atau memasuki pameran di tingkat bawah dengan bayaran (err..lupa berapa RM).hehe.. Kami memilih masuk ke Petrosains.





Paling menarik apabila ada kaunter-kaunter untuk eksperimen sains mudah disediakan di stesen-stesen tertentu. Kami sempat mencuba 3 jenis aktiviti.

1) Pembentukan awan

Letak sedikit air dalam botol mineral. Nyalakan sebatang mancis dan padamkan. Masuk dlm botol air tadi. Tutup. Picit botol tu banyak kali. Buka dan picit botol perlahan-lahan. Akan nampak pembentukan gumpalan seolah-olah awan pada permukaan botol. Penerangan dari segi Sains tak pandai pula nak terangkan ^^





2) Harmonika daripada penyedut minuman

🍄Susun dalam 7 batang penyedut minuman ygang sudah dipotong mengikut saiz tertentu. Susun ikut suka. Selotep. Letakkan batang aiskrim bawah dan atas penyedut minuman tadi. Selotep sekali lagi. 




3) Tornado table challege. 

🍄 Sediakan 3 cawan kertas, 1 bola ping pong,  1 cawan plastik yg dilubangkan tapaknya. Fikirkan bagaiman bola ping pong dari cawan plastik tadi nak dibawa masuk ke dalam cawan-cawan kertas tanpa bola jatuh dan tidak boleh tukar kedudukan cawan plastik. Jawapannya, pusingkan bola dalam cawan plastik (seolah-olah taufan) dan masukkan ke dalam cawan kertas.



Boleh cuba di rumah ini ^^ Semoga bermanfaat.

Rabu, 6 Jun 2012

Kembara Ilmu

Bimillahirrahmanirrahim.


Cuti sekolah sudah masuk ke fasa akhir cuti. 1 hingga 3 Jun saya dan suami berkursus di Hotel Cititel Express, Jalan TAR. Oh, nama sahaja sudah berada di Jalan TAR. Tapi kami tidak berkesempatan pun untuk keluar berjalan-jalan. Mungkin kerana kepenatan memerah otak ditambah lagi membawa anak kecil bersama. Tidak berani saya meredah kesibukan lautan manusia di Jalan TAR (jika boleh saya katakan begitu).

Sumber gambar : di sini

Alhamdulillah Khaulah tak banyak ragam. Cuma tiba-tiba seperti  'excited' pula mahu duduk di hadapan ketika saya membentangkan hasil kerja. Hee...


Usai kursus, selepas check-out kami menuju ke KLCC. Hajat di hati ingin ke Petrosains. Solat dahulu di Masjid As-Syakirin. Mana datangnya tenaga si kecil Khaulah. Begitu aktif dan bertenaga memanjat tangga surau.



Di hadapan Surau As-Syakirin, KLCC

Malangnya, tiket telah habis dijual! Kaunter yang dibuka hanya untuk 'reservation' sahaja. Huhu.. Melepas.. Tidak membuang masa, kami menuju ke Kinokuniya pula. Banyak pilihan buku menarik untuk kanak-kanak namun di dalam Bahasa Inggeris. Ronda-ronda sekejap dan beli sebuah buku untuk Khaulah.

Destinasi seterusnya ialah Shah Alam. Alhamdulillah seronok menjejak kaki di Shah Alam. Singgah solat di Masjid Shah Alam, check-in hotel dan kembali ke masjid semula sebelum Isyak mendengar kuliah maghrib. Rupanya ada gerai-gerai jualan di luar masjid ini. Masjid juga aktif dengan program untuk kanak-kanak dan remaja sepanjang cuti sekolah ini. 

Sehari di Perpustakaan Raja Tun Uda



Disebabkan keinginan yang tinggi untuk melihat PRTU yang dikhabarkan sangat menarik itu, kami check-out awal pada hari Isnin, 4 Jun 2012. Namun disebabkan tidak melihat terlebih dahulu lokasi sebenar PRTU menyebabkan kami tersasar ke perpustakaan lama berhampiran bangunan MBSA. *phew* Patah balik ke Seksyen 13.

Tempat letak kereta hampir penuh. Cuaca sudah terik ketika kami sampai. Lebih kurang 11.30 pagi kami masuk ke PRTU. Kaunter PRTU 'menyambut' ketibaan kami. Tertarik dengan Zon Kreatif, saya melihat dahulu pelan bangunan PRTU. Oh, teater 3D dan 6D (atau dipanggil juga Teater XD) ada di tingkat G. Tapi saya tidak berkesempatan menonton teater kerana anak saya hanya dibenarkan masuk ke Zon Kreatif.

Sumber gambar : Laman sesawang PRTU

Ada sebuah kotak dipenuhi beg-beg non-woven di muka pintu. Rupanya beg-beg itu untuk diletakkan kasut pengunjung dan boleh di bawa masuk ke perpustakaan. Nanti sebelum balik perlu dipulangkan semula ke dalam kotak tersebut. Menarik.

Masuk sahaja ke Zon Kreatif, ternampak pokok seperti di dalam cerita dongeng. Ia digelar 'reading tree'. Khaulah lebih tertarik ke pentas bercerita dahulu :) 



Setelah puas bermain, dia terkedek-kedek menuju ke pokok tersebut. Dia tercengang dengan kanak-kanak yang berlari-lari di sekeliling pokok dan mungkin juga teruja dengan begitu banyak buku di rak-rak yang tersusun cantik di bahagian kanak-kanak ini. 





Bersama abi sambil baca buku :)


Gambar-gambar lain :



Kafeterianya menghadap tasik..


Sebelum pulang ke Melaka, kami solat jamak di masjid Shah Alam. Alhamdulillah... :)

Ahad, 12 Februari 2012

Outdoor dengan Cik Khaulah

Bimillahirrahmanirrahim.

Sesekali bawa Khaulah buat outdoor activity. Kali ini main paddle boat. Kalau kayak, macam mana pula nak pegang dia kan. Tak apalah tunggu besar lagi ya, baru Ummi dan Abi ajak main kayak :)

Pertama kali naik Khaulah memang cuak.. :)

Aktiviti : Paddle Boat
Tempat : Ayer Keroh, Melaka

Sebelum naik . . .
Pertama kali pakai jaket keselamatan, kakinya hampir tak jejak tanah :D

Semasa . . .
Naik dengan Abi. Ummi dengan Kak Aisyah (untuk seimbangkan bot)

Selepas . . .

Masih tak senyum juga... Kesian..

Melihat keadaan anak ini, saya pasti hampir setiap orang ada perasaan takut untuk mencuba sesuatu perkara yang baru dan tidak pernah dilakukan sebelum ini.

Bukan mudah kan mahu buat perubahan.

Yakin dengan Allah, sentiasa bersangka baik. Senyum-senyum selalu walau hati gundah! La tahzan. Innallaha ma'ana. Ya Allah, semoga saya juga boleh sentiasa berfikiran positif begitu. Amin...