Khamis, 23 Februari 2012

Wanita Anggun

Bimillahirrahmanirrahim.

Jom sertai kami!

~ Pertandingan mewarna bawah 12 tahun
~ Forum Wanita dan Kesihatan
~ Busana Muslimah
~ Solekan
~ Make up ibu dan anak (bahan solekan sendiri)

Tidak lupa juga !

~ Hadiah misteri menanti 10 pendaftaran terawal!
~ Cabutan bertuah!!
~ Gerai jualan yang menawarkan pelbagai citarasa dan barangan

Jumpa di Sek Sri Ahmadiah, Telok Mas Melaka pada hari Sabtu ini, 25 Februari 2012.~

Bermula 8 pagi sehingga 12 tengahari.
Hubungi 013-3613516

Ahad, 12 Februari 2012

Outdoor dengan Cik Khaulah

Bimillahirrahmanirrahim.

Sesekali bawa Khaulah buat outdoor activity. Kali ini main paddle boat. Kalau kayak, macam mana pula nak pegang dia kan. Tak apalah tunggu besar lagi ya, baru Ummi dan Abi ajak main kayak :)

Pertama kali naik Khaulah memang cuak.. :)

Aktiviti : Paddle Boat
Tempat : Ayer Keroh, Melaka

Sebelum naik . . .
Pertama kali pakai jaket keselamatan, kakinya hampir tak jejak tanah :D

Semasa . . .
Naik dengan Abi. Ummi dengan Kak Aisyah (untuk seimbangkan bot)

Selepas . . .

Masih tak senyum juga... Kesian..

Melihat keadaan anak ini, saya pasti hampir setiap orang ada perasaan takut untuk mencuba sesuatu perkara yang baru dan tidak pernah dilakukan sebelum ini.

Bukan mudah kan mahu buat perubahan.

Yakin dengan Allah, sentiasa bersangka baik. Senyum-senyum selalu walau hati gundah! La tahzan. Innallaha ma'ana. Ya Allah, semoga saya juga boleh sentiasa berfikiran positif begitu. Amin...

Sabtu, 11 Februari 2012

Lagu kanak-kanak : Rumah Kecil Saya

بسم الله الرحمن الرحيم



Rumah kecil saya,
ada taman bunga,
Bunga warna warni,
harum dan wangi,

Rumah kecil saya,
ada tingkap dua,
Langsir warna biru,
dibuat ibu

Sumber : http://papnsamarahan.blogspot.com/2011/01/
rumah-kecil-saya.html

Origami rumah :

Sumber : http://www.origami-instructions.com/origami-house.html

Completed Origami House
Lukisan untuk diwarnakan :Sumber gambar : kiddiescraftideas.com