Ahad, 31 Mac 2013

KSSR oh KSSR

Mode : Telah berjaya menyiapkan latihan untuk band 1 bagi tajuk yang akan diajar esok.

Baru Band 1. Ada lagi 5 band ok. Siapa yang tak faham buat tak tahu sahajalah ya. Hee... pertama kali mengajar KSSR tahun ini.. Patutlah ada cikgu boleh kena darah tinggi...

Err.. lain orang lain penerimaannya.

Jom sambung buat kerja lagi! ^_^

Walaupun hanya lembaran kerja tetapi prosesnya mengambil masa berjam-jam!

Jumaat, 29 Mac 2013

@_@


Tidak semua yang kita mahu, kita akan dapati.
Tidak semua yang kita suka, kita mampu miliki.
Tidak semua yang kita benci, kita dapat halangi.

Mode : cuti dah hampir habis (^_^;)

Lokasi : Kg Guar Jentik, Perlis

Selasa, 12 Mac 2013

Kolaj bentuk pula...★

بسم الله الرحمن الرحيم


Balik kerja belum boleh rehat. Pantang mata terpejam pasti si anak mengamuk. Aduhai.. tak boleh tidurlah macam ni.....

Pujuk dia dengan buat aktiviti. Saya tiada idea canggih (sebenarnya malas nak berfikir) lalu saya ambil kertas warna dan lukis bentuk-bentuk. Gunting dan masukkan dalam bekas. Mujur juga si anak sabar menunggu.

Khaulah..khaulah..





Selesai aktiviti azan asar.. hm..mandikan semua anak (baru 2 orang. Hehe..) solat dan sedia untuk tunggu abi balik kerja pula ♥

Salam manis:)

Isnin, 11 Mac 2013

Aduh ~~

Selesai menonton Negeri 5 Menara, tangan saya menukar-nukar saluran televisyen. Akhirnya saya menonton rancangan bertemakan penyiasatan jenayah. Tak ingat pula tajuknya, yang pasti bukan CSI. Aduh... sakit otak selepas menonton 2 episod. Astaghfirullah... inilah sebabnya mengapa sudah lama saya tidak menonton televisyen. Huhu..tidak kena pada jiwa apatah lagi menambah kusut di kepala.

Memang patutlah bayi di bawah usia tidak boleh menonton televisyen kerana akan mengalami banyak masalah seperti kurang tumpuan dan hiperaktif. Rancangan kartun puntidak selamat sebenarnya untuk anak-anak. Huhu..

Jadi ibu-ibu, bapa-bapa sekalian marilah kita melakukan aktiviti yang sihat dan berfaedah
untuk anak-anak kita. Ya, saya bukanlah ibu yang sempurna tetapi sentiasa berusaha melakukan yang terbaik. Baca, buat kajian, beli buku /majalah berkaitan untuk meningkatkan perkembangan minda anak dengan positif.

Ajar anak mengaji, ajak zikir sama-sama, bawa beriadah dan seribu satu macam lagi. Moga Allah lindungi anak-anak kita dari anasir-anasir jahat. Tapi kita pun perlulah berusaha! ♥


Khamis, 7 Mac 2013

Bahasa isyarat ★


Jom belajar bahasa isyarat ♡

》kereta 

》bas

Rabu, 6 Mac 2013

Kraf lagi

Tertarik dengan buku ini. Buku baru di pusat sumber sekolah. Dihantar oleh ITBM :) Buku Projek, Seni dan Kraf untuk anak2. Tebal. Tetapi tiada gambar di dalamnya. Eh, adalah sedikit. Mujur juga Bahasa Malaysia boleh juga nak baca, faham, bayangkan dan buat. Jika bahasa Inggeris.... ; p

Aktiviti di dalam buku ini merangkumi pelbagai usia. Jadi pilih sahaja yang mana dirasakan bersesuaian dengan anak anda. (Eh, macam silap 'rumah' pula. Biasa reviu buku di ainyanunalif.blogspot.com ;) ). Tengok gambar sahajalah...


Gabung 9 helai kertas A4. Gara-gara tiada kertas mahjong. Baringkan khaulah dan surih badannya :)