Isnin, 31 Mei 2010

DOA ANDA DIPERLUKAN! SAVE PALESTINE..

Ayuh, mari kita sama-sama berdoa agar para aktivis dalam misi kemanusiaan ke Palestin selamat dari kekejaman zionis dan dapat menyampaikan amanah ke bumi Palestin. Setakat ini 13 orang telah maut dalam serangan sekatan zionis ke atas para aktivis!

Ahad, 30 Mei 2010

Jom buat origami bunga!

Origami bunga ini boleh digunakan sebagai hiasan pada kad ucapan atau dilekatkan sebagai hiasan kelas. Boleh juga diajar dalam kelas Pendidikan Seni Visual atau aktiviti persatuan. Bahan-bahan yang diperlukan ialah kertas warna, gam atau selotep.


(1) Sediakan 8 keping kertas warna berukuran segi empat sama (square). Boleh gunakan 1 warna sahaja atau kombinasi pelbagai warna. Untuk hiasan pada kad ucapan saiz kertas yang 'cantik' ialah 3 x 3 cm.

(2) Lipat kertas menjadi bentuk segitiga dan buka semula.

(3) Ambil bucu atas dan lipat ke garisan tengah membentuk segitiga kecil. Buat kedua-dua bucu. Pastikan lipatan tidak bertindih.

(4) Pusingkan kertas tersebut.
(5) Lipat separuh kaki kertas ini menjadi seperti gambar di atas.

(6) Buat lagi 7 keping kertas seperti ini untuk dibuat kelopak bunga. Kemudian, selitkan kertas kedua ke dalam ruang di antara kertas pertama. Proses berterusan sehingga kelopak yang ke-8. Kelopak ke-8 diselitkan ke dalam kelopak pertama tadi.


(7) Maka, jadilah seperti gambar di atas :) Anda boleh gam atau selotep bahagian belakang bunga sekiranya bunga anda longgar.


Selamat mencuba. Barakallahufik :)

Sabtu, 29 Mei 2010

Anugerah



Anak ialah anugerah Allah buat kita. Pelbagai gelaran diberi untuk menunjukkan betapa anak ini merupakan satu anugerah tidak ternilai buat kita. Permata hati ibu dan ayah.

Malangnya sifat kasih dan sayang itu semakin lama semakin luntur dalam diri seorang ibu atau ayah. Terutama anak yang tidak diingini & lahir melalui jalan yang tidak sah. Kasihan bayi itu. Jika tidak mahukan anak itu janganlah dibuang dalam tong sampah, digantung di tiang, dicampak ke dalam sungai malahan sehingga tersumbat lubang tandas kerana bayi dibuang di situ!

Astaghfirullahalazhim.. sedarlah, masih ramai lagi orang yang mahukan anak tetapi masih belum diberikan peluang oleh Allah untuk memperolehinya. Kadang-kadang berasa pelik juga, sanggup pula 'golongan' ini menanggung sakit dan payah mengandung selama 9 bulan 10 hari tetapi apabila lahir sahaja anak itu, sanggup dibuang merata-rata. Haiwan pun sayangkan anak, inikan pula manusia! Semakin lunturkah fitrah kasih ibu?


Muak

Mohon maaf kerana entri kali ini agak emosi. Bukan apa, rasa marah, geram, kecewa dan sedih bertandang tatkala melihat kes buang bayi yang semakin menjadi-jadi akhir-akhir ini dan tidak nampak penghujungya.

Ibu bapa berperanan penting dalam mencorak anak-anak. Didikan agama seharusnya menjadi tunjang utama dalam diri anak-anak. Terlebih penting sebelum itu bagaimana seseorang lelaki dan perempuan itu memilih pasangan hidup yang bakal menjadi ibu dan bapa kepada anak-anak mereka nanti.

Tetapi saya juga tidak menafikan sistem pendidikan kita sekarang menyumbang sedikit sebanyak terhadap gejala ini. Malahan cuba lihat di media massa kini, hanya hiburan, hiburan, dan hiburan sahaja disogokkan buat santapan masyarakat. Muak. Budak kecil berusia 3 tahun pun sudah pandai menari dan menyanyi meniru aksi peserta program realiti TV!
Apa yang pemimpin negara ini lakukan bagi menangani isu ini? Bank Bayi? Kempen? Ianya tidak begitu efektif kerana itu semua hanyalah cabangnya tetapi akarnya tidak ditebang. Masalah pokok perlu diselesaikan barulah cabangnya dapat dikawal.

Peluang

Marilah kita sama-sama menggembleng tenaga mencegah masalah ini. Islam ini indah dan menyeluruh. Peluang untuk kita berdakwah juga luas. Sama ada mahu atau tidak mahu sahaja. Berdakwah bukan hanya perlu ada hujah yang mantap dengan ayat quran dan hadis tetapi melalui akhlak dan perbuatan kita. Semoga Allah memberkati kita semua.


Petua
Baru-baru ini saya menonton program Tanyalah Ustaz TV9. Tajuknya Anak Anugerah Allah (jika saya tidak silap). Ustaz itu ada memberikan petua mendapat anak mengikut petua orang Arab. Katanya ambil segenggam kurma yang telah dibuang biji lalu dikisar (blend) bersama segelas susu kambing. Meminumnya sekali seumur hidup pun tidak mengapa kerana khasiatnya. Wallahualam. Kita hanya berusaha Allah yang menentukan..

Ahad, 16 Mei 2010

سلامت هاري كورو

Guru Pembina Negara Bangsa - Terima Kasih Cikgu!



Sumber gambar : Klik sini
Selamat Hari Guru buat kedua ibu bapaku yang mendidik dan mengasuhku sejak dari kecil lagi,
Buat semua guruku di SRK Merlimau 1, Melaka dari tahun 1990 (darjah 1 tumpang) sehingga tahun 1996,
guru-guru si Sekolah Rendah Agama Pernu (1994 - 1996),
SMK Seri Mahkota Melaka (1997 - 2001),
Pensyarah-pensyarah Kolej Matrikulasi Melaka (2002 - 2003),
Para pensyarah di Kolej Universiti Teknikal Kebangsaan Malaysia @ KUTKM
(sekarang dikenali sebagai UTeM) pada tahun 2003 - 2004,
dan
Semua pensyarah di Institut Perguruan Ilmu Khas (2004 - 2009).

Tidak lupa juga guru al-Quranku merangkap ibu mertua yang mengajarku al-Quran sejak usiaku 7 tahun sehingga khatam Quran 3 tahun berikutnya.

Kepada rakan-rakan dan guru-guru pembimbing semasa menjalani praktikum (SK Seksyen 20 Shah Alam & SKPK Melaka) juga diucapkan Selamat Hari Guru!

Jasa kalian tidak terbalas dengan wang ringgit. Kudoakan anda semua mendapat berkat dari Ilahi dan bahagia di dunia dan di akhirat.

Jazakumullah khairan kathira.

Jumaat, 14 Mei 2010

Peperiksaan lagi...

Selamat menduduki peperiksaan pertengahan tahun buat semua murid SKPKM yang akan berlangsung pada 17 hingga 20 Mei ini.
Selamat menjawab. Semoga anda berjaya (",)

Doa untuk memudahkan sebarang urusan

اللّهُمَّ لا سَهْلا إِلا مَا جَعَلْتَهُ سَهْلا وَأَنْتَتَجْعَلُ الْحَزْنَ إِذَا شِيئْتَ سَهْلا

"Ya Allah, tidak ada kemudahan kecuali sesuatu yang Engkau permudahkan, Engkau menjadikan kedukaan itu mudah sekiranya Engkau kehendaki".
Sahih Ibnu Hibban No 2427 (Mawarid), Ibnu as-sunni no 351. Kata Al-Hafiz Ibnu Hajar : Hadis ini sahih, disokong oleh Al-Arnauut dalam takhrij Al-Azkar An-Nawawi 106.

Ahad, 2 Mei 2010

Cerita 1 - Ayu

Cerita ini sebenarnya untuk kad bacaan di dalam kelas. Gambar perempuan berbahasa isyarat itu saya warnakan sendiri selepas print. Hee..
Sengaja buat walaupun saya tidak mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu mahupun Komunikasi Seluruh. Kad ini untuk membantu murid-murid di dalam kelas saya. Kalau pandai lukis lagi bagus, boleh lukis gambar dan tampal gambar dan kad bacaan ini di dalam kelas.


Kad 1

Kad 2

Kad 3

Kad 4

Oppss...saya tiada gambar isyarat 'basah'. Itu yang kosong pada ruangan perkataan tersebut.

English Society Activity

Last week, we played 2 games ; Kim's Game and the other one is a game where we need to form new words from the given word. I don't know the real name for this game. It was pretty much fun to see the students compete each other and eagerly to answer the questions. The phrase given for the form-new-word game is PENINSULAR MALAYSIA.

Let's see how many words you can form from this words!