Salah faham
Hari ini ada sekolah ganti mengikut jadual hari Isnin. Cuti ganti untuk hari raya nanti. Macam biasa murid tak ramai hadir hari ini. Minggu ini juga berlaku satu 'kes' yang tak pernah disangka akan berlaku.
Ada seorang murid tahun 3 yang saya ajar sudah salah faham isyarat yang dibuat oleh saya. Mungkin ada juga silapnya pada saya *sigh*. Saya baru menjalankan teknik token di dalam kelas ini memandangkan murid-murid mula kurang fokus dalam P&P. Sekurang-kurangnya saya mahu tingkah laku anak-anak ini berubah menjadi lebih baik dengan adanya sistem token. Sudah pastilah sistem token ini tidak akan saya jalankan sepanjang tahun. Hanya untuk mengubah tingkah laku tertentu sahaja.
Saya bertanyakan benda atau kartun yang disukai oleh mereka. Tiba-tiba seorang murid ini membuat isyarat 'bear' dan 'hadiah'. Saya bertanya apa kaitan 'bear' dan 'hadiah'? Dia kata dia sukakan 'bear'. Ok. Saya hanya mengangguk.
Keesokannya, apabila saya masuk ke kelas, dia sangat 'teruja' melihat saya dan menyerah satu bungkusan kecil yang sudah dibalut cantik. Rupanya itu hadiah 'bear' sebagai 'hadiah' untuk saya! Kebetulan seorang PPM bertanya kepada saya "siapa cikgu yang suruh murid ni beli hadiah untuk cikgu? Mak murid ni marah-marah sebab anaknya paksa ke kedai beli hadiah untuk cikgu."
Aduh.... geramnya...rasa lucu pun ada. Baru saya sedar murid ini bahasa isyaratnya kurang baik. Huhu...selama ini, saya mengajar matematik dia tidak ada masalah yang besar untuk memahami P&P. Haiya.... Saya menerangkan keadaan sebenar dan PPM menyampaikan hal tersebut kepada ibu murid ini. Tetapi tanpa saya duga, ibunya seperti tidak puas hati dan bertanya kepada ibu bapa murid-murid lain. Ternyata mereka menjawab anak-anak tak ada minta belikan hadiah.
Tidak berakhir di situ, Ibu murid ini terus membuat aduan kepada Guru Besar..(aiyoo..) dan berjumpa guru kelas murid tersebut. Hmm... tak pasal-pasal....
Moralnya = guru, murid dan ibu bapa perlu faham apa yang diisyaratkan. Asas bahasa isyarat mesti kukuh dan banyak 'vocab' bahasa isyarat yang perlu 'dikuasai'. +_+