Isnin, 14 Jun 2010

Sabtu, 12 Jun 2010

Origami - Kotak

Kali ini kita cuba buat kotak pula. Saiz kotak yang terhasil dipengaruhi oleh saiz kertas yang digunakan. Kali ini saya menggunakan kertas origami yang telah siap dijual. Jadi saiznya sama. Bahan yang diperlukan ialah kertas warna sahaja.
1) Ambil kertas berukuran segi empat sama.

2) Lipat kertas menjadi segitiga. Pastikan bucu bertemu bucu.


3) Hujung segitiga yang terbuka dilipat ke arah bucu yang tertutup. Pastikan juga bucu bertemu bucu.


4 & 5) Lipat lagi 2 kali.

6) Lakukan pada bahagian lagi satu. Cara sama seperti di atas. Hasilnya akan nampak kesan lipatan seperti gambar ini.

7) Gunting bahagian ini - 1 petak.

8) Guting bahagian kedua dengan mengikut garisan lurus bagi 2 kotak. Jangan gunting sehingga habis.
9) Terbalikkan kertas. Kita akan mula melipat kotak mengikut garisan-garisan lipatan.

10) Selitkan dua sayap kertas ke dalam bahagian kertas yang berbentuk anak panah (>).


11) Anda akan mendapat sebuah kotak yang comel. Kotak kecil ini adakalanya digunakan ketika majlis perkahwinan untuk mengisi gula-gula. Anda boleh buat 2 kotak yang bersaiz sama dan satu kotak itu berfungsi sebagai penutup kotak. Dan gamkan reben atau bunga di atas penutupnya :)


Selamat mencuba!

Isnin, 7 Jun 2010

BARAKALLAHULAKUMA

Doa Rasulullah SAW kepada pengantin :

بَارَكَ اللهُ لَكَ وَبَارَكَ عَلَيْكَ وَجَمَعَ بَيْنَكُمَا فِيْ خَيْرٍ

“Semoga Allah memberi berkah kepadamu dan atasmu serta mengumpulkan kamu berdua (pengantin laki-laki dan perempuan) dalam kebaikan.” (HR. Penyusun-penyusun kitab Sunan, kecuali An-Nasai dan lihat Shahih At-Tirmidzi 1/316)


Selamat menempuh alam rumah tangga buat semua sahabat yang melangsungkan perkahwinan pada bulan ini. Banyak undangan yang saya terima tetapi malangnya tidak semua dapat saya penuhi. Mohon maaf kerana keadaan diri saya tidak mengizinkan untuk travel ke seluruh negara memenuhi jemputan perkahwinan :) Insya Allah ada waktu dan jika diizinkan Allah kita bertemu lagi :)


Selamat pengantin baru buat :

Rohaila & suami (Kedah - 5 Jun)
Rabiatul Adawiyah & suami (Kedah)
Salsabila & Amin ( Pahang)
Nadhirah & suami (Selangor - 5 Jun)
Mardhiah & suami (Melaka - 5 Jun)
Nor Asmaliza & Zahir (Kelantan -7 Jun)
Che Munira & suami (Kelantan - 13 Jun)
Kak Sitimea & Suami (Sabah - 11 Jun)
Nurul Diyana & Salehudin (Melaka - 19 Jun)
Rahfity & isteri (Melaka - tarikh?)
Razif & isteri (Johor - tarikh?)
Khairudin & isteri (Johor - tarikh?)

Banyakkan SABAR dalam menempuh kehidupan baru. Semoga bahagia di dunia & di akhirat :)