بسم الله الرحمن الرحيم
Ketika menyelak Solusi baru edisi Julai, mata terpandang kepada artikel Mulut Pencetus Doa atau Dosa? Memandang tajuknya sahaja sudah membuatkan saya seperti terpandang skrin besar di hadapan mata akan kesalahan-kesalahan diri. Astaghfirullah....
Sungguhpun lidah tidak bertulang namun perkataan yang keluar dari mulut itu adakalanya bisa seperti dihiris sembilu. Ya Allah, peliharalah mulutku daripada berkata yang tidak elok dan tidak mendatangkan manfaat...amin..
Sebenarnya saya teringatkan seorang anak murid di sekolah. Saya mengajarnya tahun lepas dalam darjah 5. Tahun ini saya hanya melihat kehadirannya di awal tahun sahaja. Sudah lebih 4 bulan dia tidak datang ke sekolah. Dengarnya ayahnya sakit.
Tetapi berita yang baru diterima amat memeranjatkan saya. Sedih, simpati dan menginsafkan saya. Mata murid ini memang ada sedikit masalah. Saya teringat cermin mata yang dipakainya juga tebal. Tahun lepas dia melalui 2 pembedahan dan menyebabkan dia bercuti lama. Sudah pastilah dia telah ketinggalan jauh berbanding kawan-kawannya. Murid ini menggosok-gosok mata yang telah dijalankan pembedahan tersebut dan menyebabkan ada urat saraf yang terputus. Akibatnya matanya tidak nampak apa-apa. Tidak lama selepas itu kedua-dua matanya pula tidak dapat melihat. Masya Allah........ ini kali pertama saya jumpa murid
deaf-blind.
Ya Allah, saya tak dapat bayangkan bagaimana kehidupannya. Bagaimana penerimaan ibu ayah dan keluarganya.. Malang sekali saya tidak dapat menziarahi kerana dia sekarang berada di kampung bapanya di utara.
Insaf.. saya agak terkesan dengan berita itu. Qaddarallahu masha a....Lihat,, betapa bernilainya pancaindera yang Allah beri kepada kita. Pada bila-bila masa sahaja Allah berkuasa menarik semula anugerah-Nya ini. Ya Allah semoga dia serta ibu bapanya redha dan bersabar atas dugaan ini. Orang yang diuji adalah orang yang Allah sayang.. Darjatnya akan ditinggikan sekiranya dia bersabar.
Adakah saya sesabar itu jika diuji Allah dengan perkara yang berat?
Benarlah..
MATI adalah sebaik-baik peringatan!
"Tidak akan bergeser kaki anak Adam (manusia) pada hari kiamat nanti di hadapan Rabbnya sampai ditanya tentang lima perkara: umurnya untuk apa dihabiskan, masa mudanya untuk apa dihabiskan, hartanya dari mana dia dapatkan dan dibelanjakan untuk apa harta tersebut, dan sudahkah beramal terhadap ilmu yang telah ia ketahui." (HR. At Tirmidzi no. 2340)