Bimillahirrahmanirrahim.
Sesekali bawa Khaulah buat
outdoor activity. Kali ini main
paddle boat. Kalau kayak, macam mana pula nak pegang dia kan. Tak apalah tunggu besar lagi ya, baru Ummi dan Abi ajak main kayak :)
Pertama kali naik Khaulah memang cuak.. :)
Aktiviti :
Paddle Boat
Tempat : Ayer Keroh, Melaka
Sebelum naik . . .

Pertama kali pakai jaket keselamatan, kakinya hampir tak jejak tanah :D
Semasa . . .

Naik dengan Abi. Ummi dengan Kak Aisyah (untuk seimbangkan bot)
Selepas . . .
Masih tak senyum juga... Kesian..
Melihat keadaan anak ini, saya pasti hampir setiap orang ada perasaan takut untuk mencuba sesuatu perkara yang baru dan tidak pernah dilakukan sebelum ini.
Bukan mudah kan mahu buat perubahan.
Yakin dengan Allah, sentiasa bersangka baik. Senyum-senyum selalu walau hati gundah! La tahzan. Innallaha ma'ana. Ya Allah, semoga saya juga boleh sentiasa berfikiran positif begitu. Amin...