Rabu, 9 Mei 2012

4 Mei

Bimillahirrahmanirrahim.


PBAKL 2012 & Pengkarya Guru Siri ke-2

Saya tidak sabar menantikan Jumaat, 4 Mei 2012. Selain perlu mendaftar siri ke-2 kursus Pengkarya Guru, ada acara lain yang saya nanti-nantikan :) Hotel penginapan berdekatan dengan Pesta Buku kali ini. Usai check-in dan solat jamak petang itu, saya sekeluarga menuju ke pesta buku. Tidak begitu ramai pengunjung. Saya banyak memborong di Galeri Ilmu. Tanpa saya sangka salah seorang peserta karya guru ini adalah penulis Galeri Ilmu. Suami isteri dapat terbitkan buku dengan GISB :) Bukunya "Berdua Lebih Baik" dan "Mudahnya Menjemput Rezeki". Tapi ramai lagi sebenarnya di kalangan peserta yang telah banyak menulis dan mempunyai buku sendiri.



Malam itu, kursus bermula. Ucapan alu-aluan oleh Pengarah Majlis Buku Kebangsaan Malaysia ada memberikan statistik pengunjung yang datang ke pesta buku tahun ini. Hari pertama PBAKL menerima lebih 60 000 pengunjung, hari kedua meningkat lebih 190 000 pengunjung dan hari ketiga mencecah lebih 200 000 pengunjung.


Suka saya mendengar banyak info yang diberikan oleh Tuan Pengarah. Dikhabarkan di Jepun, setiap 2 orang ada seorang pengkarya! Jadi bayangkan berapa banyak judul yang mampu mereka keluarkan setiap tahun.

Pada hari kedua, kami berpeluang bertemu dan berkongsi idea bersama Timbalan Pengerusi MBBY, Tuan Ahmad Redza dan Prof Md Sidin.

Selebihnya semua peserta membuat self-editing karya masing-masing. Mesti hantar pada atau sebelum 28 Mei 2012.



 Siri pertama dahulu ~ Sesi brainstorming ~

Jumaat, 4 Mei 2012

Origami penanda buku

Bimillahirrahmanirrahim.


Penanda buku bucu bentuk burung.


Lama tidak buat origami. Saya dapat gambar rajah ini semasa Google. Saya lupa pautan laman sesawangnya. Mungkin boleh klik pada gambar untuk besarkan. Saya suka tengok penanda buku fabrik tapi tak tahu nak buat sendiri. Satu lagi jenis penanda buku yang baru saya tahu ialah penanda buku bucu. Unik bagi saya. Jadi saya Google sahaja. Ini salah satu contoh "bird bookmark" untuk bucu buku.

Hasil saya:


Pandangan hadapan.  
Kalau perasan kepala burung lain sedikit dari gambar rajah. Entah saya pun tak tahu nak ubahsuai macam mana lagi.


Letak pada bucu buku...



Kredit pada Kak Yah ;) Pinjam baca buku IK sekejap ya.


Itu sahaja. Semoga bermanfaat. Barakallahufik :)

Here I Come!