Selasa, 11 September 2012

Felt Bookmark

Bimillahirrahmanirrahim.

Hari ini mengajar Pendidikan Seni Visual tahun 5 Mawar. Rupanya ini kelas terakhir. Selepas ini guru besar baru akan mengambil alih kelas ini.

Hari ini buat felt bookmark. Ada lebihan kain felt, butang dan gam daripada aktiviti kraf sebelum-sebelum ini :) Alhamdulillah tercapai juga hasrat nak ajar mereka guna kain felt.

Batang aiskrim yang bersaiz besar ini beli dari Yaya (Facebook : Yaya Craft) :)

Ajar yang mudah sahaja. Murid-murid diberi 2 templat bunga berlainan saiz, pilih warna yang disukai kemudian tekap (trace) dan gunting. Saya hanya menggunakan gam UHU untuk menampal kepingan bunga. Kemudian murid hias penanda buku masing-masing. Mudah pun ambil masa hampir 1 jam untuk mereka siapkan.

Semoga mereka gembira dengan aktiviti hari ini dan ianya berguna untuk mereka. Amin.. Saya lihat rajin pula mereka membaca buku dan menanda dengan felt bookmark ini! ^_^

Baik-baik menggunting tu..


Hafizi dan Amir.. dua orang anak murid yang sangat 'aktif' dalam kelas (^_^;)


Tadaa.. hasil murid-murid :)  Sebelah kanan sekali yang lain dari yang lain itu ~ Cikgu yang punya :)


Selepas 'pemilihan' hasil yang paling cantik dan kreatif. Pemenangnya ialah Amir ~ penanda buku yang ada bentuk hati :)


Ya Allah, ampunkanlah dosa kami dan terangkan hati anak-anak ini menerima ilmu-Mu Yang Maha Luas. Amin..