Hmm.. baru saya perasan.. sejak anak sudah boleh membaca, sesi bercerita sebelum tidur telah lama saya tinggalkan. Allahu akbar. Sebabnya, anak membaca buku waktu siang sambil dipantau oleh saya kemudian anak sibuk membuat aktiviti sendiri, bermain dengan adik dan sepupu, mewarna, bermain lego, mengaji al-Quran dan sebagainya.
Hanya beberapa hari lepas saya capai sebuah kamus bergambar yang baru dibeli dari kedaiberjaya.com dan respon dari anak-anak dan anak buah amat memberangsangkan! Ya Allah, saya telah terlupa satu kemahiran penting iaitu sesi "read aloud session" bersama anak-anak sebelum tidur. Menurut kajian sesi ini mampu merangsang anak minat membaca dan mendapat banyak perbendaharaan kata yang baru. Lagi satu, jika anak meminta membaca buku yang sama berulang kali tanpa jemu, jangan marah pada anak itu. Ini kerana sesi pengulangan bagaikan sesi latihan dan adakalanya anak ini mendapat sesuatu yang mungkin terlepas pandang dalam sesi sebelumnya.
Menariklah kamus bergambar ini. Baru saya sedar akan kepentingan menggunakan kamus bergambar untuk kanak-kanak. Aduh, lambatnya datang kesedaran pada saya ini.
Sumber gambar : Web Kedaiberjaya |
Asyik terlupa untuk rekodkan bacaan anak. Namun apa yang saya perhatikan, pada awal-awal dia boleh membaca memang dia akan membaca sebuah buku sehingga berpuluh kali. Hihi.. rupanya itu juga satu proses pembelajaran.
Bagi merekodkan berapa jumlah buku yang telah dibaca atau berapa banyak muka surat telah dibaca, ada satu aplikasi bernama Reading Log yang boleh dimuat turun ke dalam telefon pintar. Jika di sekolah, saya kira sama seperti Buku Rekod NILAM :)
Sekarang anak sedang baca buku Kalimah Toyyibah 1 terbitan Ana Muslim. Tidak silap, buku ini adalah hadiah untuknya tahun lepas. Alhamdulillah.
Saya yang dewasa ini pun terpikat dengan kecomelan buku ini. Nanti nak cuba cari siri yang lain. Cuma... tunggu ada diskaun boleh? Hee....berkira pula umminya ni (>_<)