Ahad, 30 Mei 2010

Jom buat origami bunga!

Origami bunga ini boleh digunakan sebagai hiasan pada kad ucapan atau dilekatkan sebagai hiasan kelas. Boleh juga diajar dalam kelas Pendidikan Seni Visual atau aktiviti persatuan. Bahan-bahan yang diperlukan ialah kertas warna, gam atau selotep.


(1) Sediakan 8 keping kertas warna berukuran segi empat sama (square). Boleh gunakan 1 warna sahaja atau kombinasi pelbagai warna. Untuk hiasan pada kad ucapan saiz kertas yang 'cantik' ialah 3 x 3 cm.

(2) Lipat kertas menjadi bentuk segitiga dan buka semula.

(3) Ambil bucu atas dan lipat ke garisan tengah membentuk segitiga kecil. Buat kedua-dua bucu. Pastikan lipatan tidak bertindih.

(4) Pusingkan kertas tersebut.
(5) Lipat separuh kaki kertas ini menjadi seperti gambar di atas.

(6) Buat lagi 7 keping kertas seperti ini untuk dibuat kelopak bunga. Kemudian, selitkan kertas kedua ke dalam ruang di antara kertas pertama. Proses berterusan sehingga kelopak yang ke-8. Kelopak ke-8 diselitkan ke dalam kelopak pertama tadi.


(7) Maka, jadilah seperti gambar di atas :) Anda boleh gam atau selotep bahagian belakang bunga sekiranya bunga anda longgar.


Selamat mencuba. Barakallahufik :)

1 ulasan: