Ahad, 18 Julai 2010

Big book (bahasa isyarat)

Assalamualaikum warahmatullah,

Lama tak 'update' (",) Hari ini saya muat naik hasil buku besar yang dibuat semasa LDP (Latihan Dalam Perkhidmatan) awal tahun dahulu. Kalau ada guru-guru SKPK masalah pendengaran yang lain ada idea, bolehlah kongsi ya. Setahu saya, ini tahun kedua sekolah saya membuat projek buku besar ini.

Setiap guru dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Ada yang kena buat buku besar dalam Bahasa Melayu dan ada juga dalam Bahasa Inggeris. Objektif buat buku-buku ini ialah menambah koleksi buku di perpustakaan sekolah di samping membantu murid-murid masalah pendengaran ini dalam membaca. Sebab setiap perkataan ada gambar isyarat.

Setiap buku juga ada panduan kod dan isyarat di belakang buku (glosarilah senang kata). Ia memudahkan seseorang yang pertama kali belajar mahupun sebagai panduan



Opss..saya tak tahu kenapa gambar buku itik dan ayam jadi begitu. Huhu...n_n








Tiada ulasan:

Catat Ulasan