Isnin, 22 November 2010

Selamat Datang!

Alhamdulillah, akhirnya saya selamat melahirkan puteri sulung pada 24 Oktober 2010 jam 12.50 tengahari di Kamar Bersalin, Hospital Melaka. Puteri diberi nama Khaulah bt Ahmad Kamalarifin.

Doa di atas turut diberi kepada rakan-rakan dan sesiapa sahaja yang baru dikurniakan cahaya mata. Semua kenalan saya setakat ini melahirkan anak lelaki. Hehe.. saya seorang sahaja anak perempuan. OK lah tu.. ^_^


Tahniah buat staf SKPKM :

Kak Rabiatul Adawiyah ~ Ogos 2010(tak ingat tarikhla..ngee..)
Kak Ibhaliza ~ Ogos 2010 (pun tak ingat tarikh)
Kak Maisara ~ 31 Oktober 2010
Bakal menyusul : Kak Zah, Kak Yat, dan Kak Suzani :)


Buat rakan :

Nurul Jannah ~ 10 Ogos 2010
Faten Raihana Roslan ~ 15 November 2010
Nurul Huda ~ 1 November 2010

Juga tak lupa buat adik, Amalina dan suami, Muhamad Sofian di atas kelahiran Muhamad Umar pada 1 November 2010 dan Mak Lang Ijah atas kelahiran Khalif September lalu :) Ramainya sebaya tahun ni!
Baru keluar dari labour room

25 Oktober 2010 - misi baru lepas mandikan

Khaulah dan Umar semasa Raya Haji
Khaulah sewaktu usia 3 minggu
Semoga mereka semua menjadi anak yang soleh dan solehah. Amin..


Sabtu, 6 November 2010

A Blessed Pregnancy


-->
Terjumpa catatan ini ketika mengemaskini fail di dalam laptop... ",)

Saya teringat apabila disahkan mengandung kali kedua (yang pertama missed miscarriage), banyak perkara yang menjadi perhatian saya. Seingat saya, saya agak fobia tika itu dengan begitu berhati-hati dalam pergerakan. Seringkali juga saya periksa sekiranya ada darah yang keluar. Setiap kali ke tandas saya akan menarik nafas lega apabila mendapati itu hanyalah 'igauan' saya.

Namun ada beberapa peristiwa yang berlaku tetapi Allah masih melindungi kandungan saya. Semoga saya selamat melahirkan dan kandungan ini selamat sehingga tiba waktunya. Aku mohon ya Allah, lindungilah anak ini dan peliharalah kandunganku. Terima kasih ya Allah!

Pertama, ketika di trimester pertama saya berlari dari kelas menuju ke bilik guru kerana tertinggal fail. Sedangkan pagi itu saya akan di'observe' oleh guru besar! Kedua, saya hampir jatuh tergelincir ketika usia kandungan hampir mencecah 7 bulan (18 julai). Waktu itu hujan lebat dan ketika melangkah entah bagaimana (mungkin sandal yang dipakai sudah haus tapaknya atau saya tersalah langkah) saya hampir jatuh terduduk. Mujur lutut saya dapat menahan dari terduduk di atas jalan. Ya Allah waktu itu di dalam hati hanya Allah sahaja yang tahu betapa cemasnya saya.

Puas berdoa supaya kandungan ini selamat untuk sekian kalinya. Ya Allah, kini saya merasakan bukan mudah untuk menjadi seorang ibu. Banyak dugaan yang perlu ditempuhi. Menjelang bulan keenam kandungan, saya mengalami demam panas selama 4 hari. Saya bertawakal ketika itu setelah mencuba pelbagai jenis ubat dan petua tradisional kerana tidak mahu makan ubat moden kerana dikhuatiri memberi kesan kepada bayi. Saya banyakkan minum air masak dan minum susu kambing segar.

Ya Allah, aku mohon rahmat dan kasih sayang-Mu. Peliharalah kandunganku ini dan selamatkanlah bayiku ini. Janganlah Kau uji kami dengan sesuatu yang tidak mampu kami tanggung. Amin, amin , amin ya rabbal alamin.....

----<@