Sabtu, 6 November 2010

A Blessed Pregnancy


-->
Terjumpa catatan ini ketika mengemaskini fail di dalam laptop... ",)

Saya teringat apabila disahkan mengandung kali kedua (yang pertama missed miscarriage), banyak perkara yang menjadi perhatian saya. Seingat saya, saya agak fobia tika itu dengan begitu berhati-hati dalam pergerakan. Seringkali juga saya periksa sekiranya ada darah yang keluar. Setiap kali ke tandas saya akan menarik nafas lega apabila mendapati itu hanyalah 'igauan' saya.

Namun ada beberapa peristiwa yang berlaku tetapi Allah masih melindungi kandungan saya. Semoga saya selamat melahirkan dan kandungan ini selamat sehingga tiba waktunya. Aku mohon ya Allah, lindungilah anak ini dan peliharalah kandunganku. Terima kasih ya Allah!

Pertama, ketika di trimester pertama saya berlari dari kelas menuju ke bilik guru kerana tertinggal fail. Sedangkan pagi itu saya akan di'observe' oleh guru besar! Kedua, saya hampir jatuh tergelincir ketika usia kandungan hampir mencecah 7 bulan (18 julai). Waktu itu hujan lebat dan ketika melangkah entah bagaimana (mungkin sandal yang dipakai sudah haus tapaknya atau saya tersalah langkah) saya hampir jatuh terduduk. Mujur lutut saya dapat menahan dari terduduk di atas jalan. Ya Allah waktu itu di dalam hati hanya Allah sahaja yang tahu betapa cemasnya saya.

Puas berdoa supaya kandungan ini selamat untuk sekian kalinya. Ya Allah, kini saya merasakan bukan mudah untuk menjadi seorang ibu. Banyak dugaan yang perlu ditempuhi. Menjelang bulan keenam kandungan, saya mengalami demam panas selama 4 hari. Saya bertawakal ketika itu setelah mencuba pelbagai jenis ubat dan petua tradisional kerana tidak mahu makan ubat moden kerana dikhuatiri memberi kesan kepada bayi. Saya banyakkan minum air masak dan minum susu kambing segar.

Ya Allah, aku mohon rahmat dan kasih sayang-Mu. Peliharalah kandunganku ini dan selamatkanlah bayiku ini. Janganlah Kau uji kami dengan sesuatu yang tidak mampu kami tanggung. Amin, amin , amin ya rabbal alamin.....

----<@

1 ulasan: