Sabtu, 21 April 2012

Soalan Sivik

Bimillahirrahmanirrahim.

Tidak lama lagi Peperiksaan Pertengahan Tahun bakal menjelma. Jadual Pembina Item sudah keluar. Saya perlu buat soalan untuk Pendidikan Sivik, Pendidikan Seni dan Matematik tahun 5. Semuanya menggunakan JSU. Wah!

Teringat masa belajar dahulu, ada belajar subjek ini yang dipanggil U & N atau Ujian dan Penilaian. Sangat susah bagi saya. Huhu. Tak sangka selepas hampir 5 tahun, ilmu ini perlu digunakan.

Di bawah ini saya sertakan Latihan Topik 4 Mengenali Keluarga Kembangan subjek Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Tahun 5 yang dibuat untuk P&P kelas saya. Sudah mengikut JSU. Ini untuk objektif sahaja. Subjektif saya lupa di mana saya simpan.

Mungkin boleh klik kanan untuk besarkan imej. Maaf, saya upload dalam bentuk imej :) Boleh emel saya di nafisatul.ilmi@gmail.com jika mahukan versi Microsoft Word. Semoga bermanfaat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan