Sabtu, 30 Jun 2012

Album Peristiwa 2012

Bimillahirrahmanirrahim.


Cuti 3 hari! Baru selesai sukan tahunan sekolah Khamis lepas, maka semalam dapat ambil cuti peristiwa.

Sedang menyiapkan kerja untuk PSS sekolah. Cetusan idea guru media untuk buat album peristiwa sekolah 2012. Ala-ala arkiblah... Bila pelawat datang ke sekolah atau PSS bolehlah kami tunjukkan album ini.. Sudah separuh siap.. Tak sabar nak siapkan album ini... :)

Sedar tak sedar sudah lebih 30 program telah berjalan di sekolah setakat 30 Jun :) Beberapa hasil kerja ...


Pendaftaran murid 3 Januari 2012


Hari pertama persekolahan 4 Januari 2012


Pemilihan atlit bowling 2012 pada April 2012


Sambutan Maulidur Rasul 2012

Jumaat, 15 Jun 2012

Pendidikan Seni

Bimillahirrahmanirrahim.


Lama rasanya tidak mengajar Pendidikan Seni. Selalu sahaja bertembung dengan pelbagai aktiviti jadi P&P subjek ini tertangguh.

Saya berhajat ingin mengajar anak-anak murid 'felt craft' tapi belum tiba masanya. Saya mahu buat pelan dahulu. Mungkin kelas akan datang saya buat tampalan (err..ke kolaj? entah tak pasti). Saya bina templat di dalam Microsoft Word sahaja. Jenuh juga. Hehe..

Nanti bahan-bahannya saya cetak atas kertas berwarna. Jika mahu template ini bolehlah emel kepada saya : nafisatul.ilmi@gmail.com

Semoga bermanfaat :)










Rabu, 13 Jun 2012

Persiapan Ramadan!

Bimillahirrahmanirrahim.



Ahad, 10 Jun 2012

Sunnah-sunnah ketika bangun tidur

Assalamualaikum,


Sumber gambar : http://mama-janes.com/page/2/ 


Berpagi-pagi dengan fitrah Islam.

Sobahul khair! Bangun pukul berapa hari ini? Apa perkara pertama yang kita buat selepas celik dari tidur? :)
Mari kita tengok sunnah yang dilakukan oleh Nabi Junjungan kita Muhammad Sollallahu 'alaihi wasallam.

(Saya petik dari buku Lebih Dari 1000 Amalan Sunnah dalam Sehari Semalam karangan Khalid Al-Husainan. Terbitan Pustaka Imam Asy-Syafi'i. Harga RM17.00. Pengedarnya di Malaysia ialah Telaga Biru..)

Sunnah 1

Mengusap bekas tidur yang ada di wajah dengan tangan.

- Menurut Imam An-Nawawi dan al-Hafiz Ibnu Hajar hal ini dianjurkan berdasarkan hadis Rasulullah Sollallahu 'alaihi wasallam : "Rasulullah Sollallahu 'alaihi wasallam bangun tidur kemudian duduk sambil mengusap bekas tidur dari wajahnya dengan tangannya." (Hadis Riwayat Muslim no 763).

Sunnah 2

Berdoa ketika bangun tidur.

"Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkan kami setelah Dia mewafatkan (menidurkan) kami, dan kepada-Nya kami dibangkitkan." (Hadis Riwayat al-Bukhari no 6312 dan Muslim no 2711)

Sunnah 3

Bersiwak.

"Apabila Rasulullah  Sollallahu 'alaihi wasallam bangun malam, beliau membersihkan mulutnya dengan bersiwak." (Muttafaqun 'alaih) (Hadis Riwayat al-Bukhari no 245 dan Muslim no 255)

Sunnah 4 

Beristintsar - iaitu mengeluarkan atau menyemburkan air dari hidung sesudah menghirupnya.

Rasulullah Sollallahu 'alaihi wasallam bersabda : "Apabila seorang dari kalian bangun tidur, maka beristintsalah 3 kali, kerana sesungguhnya syaitan bermalam di hujung rongga hidungnya."  (Muttafaqun 'alaih) (Hadis Riwayat al-Bukhari no 3295 dan Muslim no 238).

Sunnah 5 

Mencuci kedua-dua tangan sebanyak 3 kali.

"Apabila salah seorang dari kalian bangun tidur, janganlah dia memasukkan tangannya ke dalam bejana sebelum ia mencucinya 3 kali."  (Muttafaqun 'alaih) (Hadis Riwayat al-Bukhari no 162 dan Muslim no 278).


Semoga bermanfaat. Ingatan untuk diri saya sendiri dan sahabat-sahabat pembaca sekalian.
Wallahualam.





Sabtu, 9 Jun 2012

MAGNET DIRI


Berpagi-pagi dengan fitrah Islam :)


Sempat menonton rancangan Assalamualaikum TV Al-Hijrah sebentar tadi. Tertarik dengan MAGNET DIRI oleh Tuan Amin Idris. Saya kongsikan bersama anda semua :

Salam dan bertanya khabar
Ajukan soalan tentang apa sahaja
Luahkan pujian Ikhlas
Ajukan soalan khusus
Minta diri

Mata
Ekspresi
Senyum
Rapatkan jarak
Angguk

Saya kira mulakan dengan soalan ringan seperti bertanya khabar tuan diri dan keluarga, mengajukan soalan umum mengenai rakan kita itu seperti bagaimana keadaan sekarang, belajar bagaimana dan yang penting elak bertanya soalan sensitif.

Dari perbualan umum itu lahirkan pujian ikhlas kemudian barulah bertanyakan tentang perkara pokok yang kita ingin tanya. Mungkin berkenaan hal kerja dan sebagainya. Minta diri dengan baik.

Semoga bermanfaat (",)

Rabu, 6 Jun 2012

Kembara Ilmu

Bimillahirrahmanirrahim.


Cuti sekolah sudah masuk ke fasa akhir cuti. 1 hingga 3 Jun saya dan suami berkursus di Hotel Cititel Express, Jalan TAR. Oh, nama sahaja sudah berada di Jalan TAR. Tapi kami tidak berkesempatan pun untuk keluar berjalan-jalan. Mungkin kerana kepenatan memerah otak ditambah lagi membawa anak kecil bersama. Tidak berani saya meredah kesibukan lautan manusia di Jalan TAR (jika boleh saya katakan begitu).

Sumber gambar : di sini

Alhamdulillah Khaulah tak banyak ragam. Cuma tiba-tiba seperti  'excited' pula mahu duduk di hadapan ketika saya membentangkan hasil kerja. Hee...


Usai kursus, selepas check-out kami menuju ke KLCC. Hajat di hati ingin ke Petrosains. Solat dahulu di Masjid As-Syakirin. Mana datangnya tenaga si kecil Khaulah. Begitu aktif dan bertenaga memanjat tangga surau.



Di hadapan Surau As-Syakirin, KLCC

Malangnya, tiket telah habis dijual! Kaunter yang dibuka hanya untuk 'reservation' sahaja. Huhu.. Melepas.. Tidak membuang masa, kami menuju ke Kinokuniya pula. Banyak pilihan buku menarik untuk kanak-kanak namun di dalam Bahasa Inggeris. Ronda-ronda sekejap dan beli sebuah buku untuk Khaulah.

Destinasi seterusnya ialah Shah Alam. Alhamdulillah seronok menjejak kaki di Shah Alam. Singgah solat di Masjid Shah Alam, check-in hotel dan kembali ke masjid semula sebelum Isyak mendengar kuliah maghrib. Rupanya ada gerai-gerai jualan di luar masjid ini. Masjid juga aktif dengan program untuk kanak-kanak dan remaja sepanjang cuti sekolah ini. 

Sehari di Perpustakaan Raja Tun Uda



Disebabkan keinginan yang tinggi untuk melihat PRTU yang dikhabarkan sangat menarik itu, kami check-out awal pada hari Isnin, 4 Jun 2012. Namun disebabkan tidak melihat terlebih dahulu lokasi sebenar PRTU menyebabkan kami tersasar ke perpustakaan lama berhampiran bangunan MBSA. *phew* Patah balik ke Seksyen 13.

Tempat letak kereta hampir penuh. Cuaca sudah terik ketika kami sampai. Lebih kurang 11.30 pagi kami masuk ke PRTU. Kaunter PRTU 'menyambut' ketibaan kami. Tertarik dengan Zon Kreatif, saya melihat dahulu pelan bangunan PRTU. Oh, teater 3D dan 6D (atau dipanggil juga Teater XD) ada di tingkat G. Tapi saya tidak berkesempatan menonton teater kerana anak saya hanya dibenarkan masuk ke Zon Kreatif.

Sumber gambar : Laman sesawang PRTU

Ada sebuah kotak dipenuhi beg-beg non-woven di muka pintu. Rupanya beg-beg itu untuk diletakkan kasut pengunjung dan boleh di bawa masuk ke perpustakaan. Nanti sebelum balik perlu dipulangkan semula ke dalam kotak tersebut. Menarik.

Masuk sahaja ke Zon Kreatif, ternampak pokok seperti di dalam cerita dongeng. Ia digelar 'reading tree'. Khaulah lebih tertarik ke pentas bercerita dahulu :) 



Setelah puas bermain, dia terkedek-kedek menuju ke pokok tersebut. Dia tercengang dengan kanak-kanak yang berlari-lari di sekeliling pokok dan mungkin juga teruja dengan begitu banyak buku di rak-rak yang tersusun cantik di bahagian kanak-kanak ini. 





Bersama abi sambil baca buku :)


Gambar-gambar lain :



Kafeterianya menghadap tasik..


Sebelum pulang ke Melaka, kami solat jamak di masjid Shah Alam. Alhamdulillah... :)

Apa nak buat waktu cuti ya?

Bimillahirrahmanirrahim.

Cuti sekolah sebenarnya dah nak berakhir. Tapi mungkin ada ibu bapa masih tercari-cari aktiviti untuk anak-anak.

I came across MBBY website and found out that they are organising many interesting programmes from May until December 2012.

Mungkin ada yang berminat atau berkesempatan menghadirinya.

Sebelum itu, apa itu MBBY?

Baik, sedikit pengenalan :) MBBY ialah singkatan kepada Malaysian Board on Books for Young Children atau Majlis Buku Kanak-kanak dan Remaja Malaysia. Sebenarnya saya pun tak tahu tentang kewujudan badan ini tapi selepas siri kedua Pengkarya Guru Mei lepas, dapatlah sedikit pencerahan daripada Pengerusi IBBY sendiri, En Ahmad Redza (sumber : web IBBY). Menggembirakan, rakyat Malaysia yang terpilih menerajui persatuan peringkat antarabangsa ini.

Ok, di bawah ini jadual aktiviti mereka. Boleh juga terus ke laman sesawang MBBY


Boleh hubungi Puan Alimah Salam di 019-3843676; emel: alimah_salam@yahoo.com 

Selasa, 5 Jun 2012

Online shopping

Bimillahirrahmanirrahim.

Mutakhir ini lebih ramai orang suka berbelanja atas talian dan ramai juga orang memilih berniaga secara atas talian. Kerana ianya lebih mudah dan pantas. Nak kata jimat, perlulah rajin melayari internet :)

Bagi saya, kadang-kadang barang yang ingin dicari tiada di kawasan sekitar atau pilihan yang ada tidak menarik.

Kagum dengan idea kreatif mereka berbisnes. Menarik dan tertarik! :) Itulah kuasa ALLAH ya, memberi pelbagai idea kepada sesiapa yang dikehendakinya. Pendapatan juga banyak dijana melalui perniagaan. Dikatakan 9 per 10!

Hadiah

Baru-baru ini ramai rakan dan saudara-mara yang baru bersalin. Nak keluar rumah cari hadiah, satu hal pula. Tiap-tiap hari pergi-balik, pergi-balik hanya ke tempat kerja dan rumah. Balik dah lewat. Huhu... Hujung minggu tak boeh harap juga. Mujur ada terbaca dalam Pa & Ma April (kalau tak silap), ada blog yang tawarkan hadiah comel untuk bayi baru lahir.


Suka sangat dengan design yang dibuat. Kita boleh request juga jika mahu lain daripada design yang ada. Tapi dia lebih cepat update di Facebook.

 Untuk baby Sulha


Untuk baby  Kauthar Annur

Boleh pilih design dan harga dari RM50 ke atas :)

Cantik, kan? Bolehlah ke laman http://bake-a-diapercake.blogspot.com/  (Pn Azlin Huzaireen) :)