Rabu, 6 Jun 2012

Kembara Ilmu

Bimillahirrahmanirrahim.


Cuti sekolah sudah masuk ke fasa akhir cuti. 1 hingga 3 Jun saya dan suami berkursus di Hotel Cititel Express, Jalan TAR. Oh, nama sahaja sudah berada di Jalan TAR. Tapi kami tidak berkesempatan pun untuk keluar berjalan-jalan. Mungkin kerana kepenatan memerah otak ditambah lagi membawa anak kecil bersama. Tidak berani saya meredah kesibukan lautan manusia di Jalan TAR (jika boleh saya katakan begitu).

Sumber gambar : di sini

Alhamdulillah Khaulah tak banyak ragam. Cuma tiba-tiba seperti  'excited' pula mahu duduk di hadapan ketika saya membentangkan hasil kerja. Hee...


Usai kursus, selepas check-out kami menuju ke KLCC. Hajat di hati ingin ke Petrosains. Solat dahulu di Masjid As-Syakirin. Mana datangnya tenaga si kecil Khaulah. Begitu aktif dan bertenaga memanjat tangga surau.



Di hadapan Surau As-Syakirin, KLCC

Malangnya, tiket telah habis dijual! Kaunter yang dibuka hanya untuk 'reservation' sahaja. Huhu.. Melepas.. Tidak membuang masa, kami menuju ke Kinokuniya pula. Banyak pilihan buku menarik untuk kanak-kanak namun di dalam Bahasa Inggeris. Ronda-ronda sekejap dan beli sebuah buku untuk Khaulah.

Destinasi seterusnya ialah Shah Alam. Alhamdulillah seronok menjejak kaki di Shah Alam. Singgah solat di Masjid Shah Alam, check-in hotel dan kembali ke masjid semula sebelum Isyak mendengar kuliah maghrib. Rupanya ada gerai-gerai jualan di luar masjid ini. Masjid juga aktif dengan program untuk kanak-kanak dan remaja sepanjang cuti sekolah ini. 

Sehari di Perpustakaan Raja Tun Uda



Disebabkan keinginan yang tinggi untuk melihat PRTU yang dikhabarkan sangat menarik itu, kami check-out awal pada hari Isnin, 4 Jun 2012. Namun disebabkan tidak melihat terlebih dahulu lokasi sebenar PRTU menyebabkan kami tersasar ke perpustakaan lama berhampiran bangunan MBSA. *phew* Patah balik ke Seksyen 13.

Tempat letak kereta hampir penuh. Cuaca sudah terik ketika kami sampai. Lebih kurang 11.30 pagi kami masuk ke PRTU. Kaunter PRTU 'menyambut' ketibaan kami. Tertarik dengan Zon Kreatif, saya melihat dahulu pelan bangunan PRTU. Oh, teater 3D dan 6D (atau dipanggil juga Teater XD) ada di tingkat G. Tapi saya tidak berkesempatan menonton teater kerana anak saya hanya dibenarkan masuk ke Zon Kreatif.

Sumber gambar : Laman sesawang PRTU

Ada sebuah kotak dipenuhi beg-beg non-woven di muka pintu. Rupanya beg-beg itu untuk diletakkan kasut pengunjung dan boleh di bawa masuk ke perpustakaan. Nanti sebelum balik perlu dipulangkan semula ke dalam kotak tersebut. Menarik.

Masuk sahaja ke Zon Kreatif, ternampak pokok seperti di dalam cerita dongeng. Ia digelar 'reading tree'. Khaulah lebih tertarik ke pentas bercerita dahulu :) 



Setelah puas bermain, dia terkedek-kedek menuju ke pokok tersebut. Dia tercengang dengan kanak-kanak yang berlari-lari di sekeliling pokok dan mungkin juga teruja dengan begitu banyak buku di rak-rak yang tersusun cantik di bahagian kanak-kanak ini. 





Bersama abi sambil baca buku :)


Gambar-gambar lain :



Kafeterianya menghadap tasik..


Sebelum pulang ke Melaka, kami solat jamak di masjid Shah Alam. Alhamdulillah... :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan