Jumaat, 7 Februari 2014

Sarapan lagi

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum.


Saya tidak tahu apa namanya. Agak-agak sahaja buat.

Bahan yang diperlukan :

Mission wrap (tak kisah jenama apa)
Salad
Tomato - hiris
Keju - hiris
Daging burger - goreng tanpa minyak
Aluminium foil

Cara-cara :

1) Bakar sebentar mission wrap. Ketepikan.
2) Goreng daging burger tanpa minyak.
3) Susun salad, tomato hiris, daging burger (saya potong-potong sedikit) dan keju.
4) Gulung dan balut dengan mission wrap. Bakar sekejap @ sehingga keju cair.
5) Siap dihidang dan makan. Bismillah ;)

Wallahualam.

Rabu, 5 Februari 2014

Menu sarapan ringkas tapi sihat ^_^

Bismillahirrahmanirrahim.

Bento hari ini tapi tak sempat ambil gambarnya. Ini baki bawa ke tempat kerja tadi.

Sandwich Tuna


Ringkas sahaja tetapi yang penting menu sihat. Hoho.. nak lebih sihat guna roti "wholemeal".

Bahan yang diperlukan :

salad
tomato yang dicincang
timun yang dihiris
tuna dalam tin / mayonis+telur rebus (yang dihancurkan) / sardin
keju (saya pakai chesdale)

Cara :

♡ Letakkan salad
♡ Sapukan tuna. Tabur timun dan tomato.
♡ Letakkan keju di lapisan atas. Apitlan roti.
♡ Potong dua secara tiga segi. Siap dihidang dan makan.
* Bismillah ^_^

Wallahualam.

Sabtu, 1 Februari 2014

Panduan bercerita

Bismillahirrahmanirrahim.



Saya baru selesai membaca buku Panduan Bercerita : Mama, Ceritalah Lagi... namun ulasannya sedang disiapkan dan biasanya saya letakkan di blog ini. Namun, saya sangat tertarik dengan 12 aktiviti yang boleh dilakukan selepas sesi bercerita. Oleh itu, saya letakkan di dalam entri ini. Semoga bermanfaat :)