Berpagi-pagi dalam fitrah Islam. Alhamdulillah, semalam diizinkan Allah menghadiri kursus yang sangat menarik bersama Puan Lina Karim dan tim Islamic Parenting Network bertempat di pejabat mereka di Shah Alam.
Pada awalnya, saya ingin mendaftar kursus asas hafazan tetapi tarikh tersebut telah berlalu lalu saya lihat kursus baru yang akan diadakan (pada ketika itu - bulan Februari) ialah Mental Arithmetic. Saya tertarik untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut.
Sungguhpun kami tiba lewat (hampir jam 10 pagi. Program bermula 9 pagi. Hee) tetapi tidak terlambat untuk kami mengikuti asas Mental Arithmetic.
Oh, secara tiba-tiba minda bawah sedar mengingatkan saya bahawa saya pernah belajar Mental Arithmetic ketika darjah 5. Masya Allah, nostalgia 19 tahun yang lalu terbayang seketika :)
Modul Mental Arithmetic dan abacus |
Ok. Agak bersemangat mendengar kata-kata motivasi dan pengalaman Puan Lina. Katanya bangsa Melayu sememangnya jarang menitikberatkan pendidikan seperti ini untuk anak-anak di awal usia maka beliau mengambil inisiatif melebarluaskan ilmu yang diperolehinya bagi manfaat orang lain. Tambahan lagi, IPN sedang merangka satu pertandingan Mental Arithmetic peringkat kebangsaan tahun ini dengan beberapa syarat pertandingan dan kategori.
Kononnya, kami mendaftarkan anak sulung sebagai peserta ^_^ Semoga kami suami isteri lebih istiqamah dan bermotivasi mendidik anak. Mengambil inspirasi Puan Lina dalam mendidik anak dengan menjadikan Sultan Muhammad Al-Fateh sebagai pendorong :)
Insya Allah.
+++
Belian di IPN |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan