Rabu, 21 Mei 2014

Kem Kepimpinan dan Motivasi Pengawas

Bismillahirrahmanirrahim.

2 Minggu lepas ada sekolah ganti pada hari Sabtu. Pihak Bimbingan dan Kaunseling dengan kerja sama Pusat Sumber Sekolah dan Unit Disiplin Sekolah mengajar kan kursus untuk pengawas selama setengah hari.

Saya kira ia permulaan yang baik untuk pendedahan awal kepada anak-anak didikan istimewa ini. Meskipun banyak kekurangan yang perlu di tampung selepas ini, diharap program seumpama ini memberi pencerahan dan pendedahan kepada minda dan motivasi mereka.

Secara ringkasnya :

# ice breaking - pecahkan peserta kepada beberapa Kategori seperti jantina, warna baju yang sama, nama huruf pertama yang sama, ketinggian dan bulan lahir yang sama.
# ceramah disampaikan oleh salah seorang guru senior mengenai kepimpinan
# fokus utama ialah peranan dan tanggungjawab mereka sebagai pengawas sekolah dan pengawas PSS
# menarik sekali bahagian simulasi mereka berjaya melakonkan dengan baik

Sepintas lalu..lensa kamera >>






Selasa, 13 Mei 2014

Kelas Fardhu Ain

Bismillahirrahmanirrahim.

Biasanya hari Jumaat selepas maghrib ada kelas fardhu ain untuk anak-anak ini. Dibahagikan kepada dua kumpulan mengikut umur. 8 tahun ke bawah bersama saya dan 9 tahun ke atas bersama suami.

Kumpulan yang bersama saya biasanya membuat aktiviti pra menulis, belajar doa, mewarna dan membaca buku cerita. Pernah juga membuat aktiviti berdasarkan cerita yang dibaca.

Kumpulan yang bersama suami belajar akidah, tajwid, doa, hadith dan lain-lain.

Namun ada satu ketika kami ubah sedikit pendekatan. Buat kuiz pula. Aduh, riuh-rendah rumah dibuatnya :) Waktu inilah dapat melihat pelbagai kerenah mereka.  Ada yang bekerjasama, ada yang bijak memimpin kumpulan, ada yang "cool", ada yang gopoh tak kurang juga ada yang mudah putus asa. Haih ~_~



Adik-adik pun tidak kurang juga. Ajar doa dari hadith Sahih dan minta mereka lukiskan gambar berkaitan, bisingnya mulut bertanya itu dan ini. Haha.... pening juga. Yalah, saya dah biasa mengajar di sekolah dalam keadaan yang kurang bisingnya (murid masalah pendengaran), sekali hadap anak-anak ini kena bersabarrr juga ;)

Allahumma faqqihhu fiddeen wa'allimhuttakwil :)