Bismillahirrahmanirrahim.
Biasanya hari Jumaat selepas maghrib ada kelas fardhu ain untuk anak-anak ini. Dibahagikan kepada dua kumpulan mengikut umur. 8 tahun ke bawah bersama saya dan 9 tahun ke atas bersama suami.
Kumpulan yang bersama saya biasanya membuat aktiviti pra menulis, belajar doa, mewarna dan membaca buku cerita. Pernah juga membuat aktiviti berdasarkan cerita yang dibaca.
Kumpulan yang bersama suami belajar akidah, tajwid, doa, hadith dan lain-lain.
Namun ada satu ketika kami ubah sedikit pendekatan. Buat kuiz pula. Aduh, riuh-rendah rumah dibuatnya :) Waktu inilah dapat melihat pelbagai kerenah mereka. Ada yang bekerjasama, ada yang bijak memimpin kumpulan, ada yang "cool", ada yang gopoh tak kurang juga ada yang mudah putus asa. Haih ~_~
Adik-adik pun tidak kurang juga. Ajar doa dari hadith Sahih dan minta mereka lukiskan gambar berkaitan, bisingnya mulut bertanya itu dan ini. Haha.... pening juga. Yalah, saya dah biasa mengajar di sekolah dalam keadaan yang kurang bisingnya (murid masalah pendengaran), sekali hadap anak-anak ini kena bersabarrr juga ;)
Allahumma faqqihhu fiddeen wa'allimhuttakwil :)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan