Rabu, 30 Julai 2014

Fokus

Bismillah walhamdulillah.

Memang beza benar fokus di antara anak perempuan dan anak lelaki. Gelagat si adik dan si kakak ketika sesi "P&P" mengajar huruf hijaiyah berbaris atas oleh si kakak ;)

Sebenarnya kakak main masak-masak, adik main I Spy Bag dia yang dah tak ada rupa dah ^_^

Kakak tunjuk kad imbas, adik ikut sebut. Tapi mata pandang tempat lain

Masih sibuk dengan beg berzip itu


Ha, baru tengok betul-betul^_^
Dalam proses membuat bahan bantu mengajar untuk si adik. Entah sempat buat atau tidak sebelum bersalin. Barang-barang kraf banyak dah habis. Susah nak ke kedai sekarang. Hmm..

Hanya mampu meng"Google" dan simpan pautannya dan draf idea. Wallahualam.

Rabu, 2 Julai 2014

Puding Roti

Bismillahirrahmanirrahim.

Resipi yang sangat mudah ;)



Bahan:

1/2 cawan susu pekat manis
5 keping roti
1 cawan air
4 biji telur

Cara :
1. Kisar air, telur dan susu.
2. Masukkan roti, kisar lagi.
3. Masukkan ke dalam loyang. Kukus 15-20 minit.
4. Jika nak berkuah, makan dengan susu cair+gula yang dimasak sekejap.

*** Biasanya resipi ini saya buat 'double' sebab resipi asal ini sangat sedikit hasilnya. Oh, ada sedikit coklat sebab saya tabur cip coklat. Heh ^o^

Selamat mencuba!

Selasa, 1 Julai 2014

Gelagat membaca anak-anak :)

Bismillahirrahmanirrahim.

Gelagat membaca anak-anak :)

Belek-belek buku My Busy Book


Atas - kuliah dhuha di rumah
Bawah - terawih bulan ramadan