Rabu, 30 Julai 2014

Fokus

Bismillah walhamdulillah.

Memang beza benar fokus di antara anak perempuan dan anak lelaki. Gelagat si adik dan si kakak ketika sesi "P&P" mengajar huruf hijaiyah berbaris atas oleh si kakak ;)

Sebenarnya kakak main masak-masak, adik main I Spy Bag dia yang dah tak ada rupa dah ^_^

Kakak tunjuk kad imbas, adik ikut sebut. Tapi mata pandang tempat lain

Masih sibuk dengan beg berzip itu


Ha, baru tengok betul-betul^_^
Dalam proses membuat bahan bantu mengajar untuk si adik. Entah sempat buat atau tidak sebelum bersalin. Barang-barang kraf banyak dah habis. Susah nak ke kedai sekarang. Hmm..

Hanya mampu meng"Google" dan simpan pautannya dan draf idea. Wallahualam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan