Sabtu, 17 Januari 2015

Sekolah di rumah ;)

Bismillahirrahmanirrahim.

Isnin lepas bermula persekolahan selepas sesi ditangguhkan beberapa waktu. Adik susuan Khaulah turut bersekolah tahun ini. Cuti tanpa gaji saya masih berbaki. Insya Allah jadual harian anak masih berjalan seperti biasa.

Selepas urus diri dan sarapan, anak-anak akan mengaji al-Quran / Iqra' At-Taisir serta memperdengarkan hafazan masing-masing. Untuk bayi, diperdengarkan dengan audio juzuk 30.

Khaulah bertambah semangat mahu bersekolah apabila melihat gambar adik susuannya bersekolah hari Isnin lalu ;) Disebabkan dia belum bersekolah, layankan sahaja kehendaknya. Hari-hari di mana saya bekerja juga sebenarnya aktiviti belajar di rumah juga berjalan mengikut masa yang fleksibel. Fleksibel dengan masa saya. huhu..

Setiap sesi hanya dalam 15 minit kemudian rehat selama 2 ke 3 minit. Ini bagi mengelakkan anak-anak berasa bosan dan mengeluarkan tantrum yang ya ampunnn mencabar kesabaran. Apa pun perlu berbalik kepada niat yang ikhlas dalam mendidik anak. Lillahi taala.

Ini antara aktiviti anak sepanjang minggu ini.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan