Cuaca tidak mengizinkan anak-anak bermain di luar rumah. Maka selepas beberapa jam, mereka sudah mula membuat perangai. Berlakon, menyanyi, berzikir dengan suara yang kuat, melompat, menulis, melukis sehingga akhirnya melompat di atas katil sehingga mengejutkan bayi. OOOOhhhh... BAIK!
Itu tandanya umminya tidak memberi perhatian kepada mereka. Hee. Memang pun. saya sibuk dengan si kecil.
Untuk menyelamatkan keadaan, mereka diminta memilih buku untuk dibaca dan saya berjanji akan buat aktiviti selepas itu.
Inilah buku yang dipilih : Lili dan Zuzu hasil karya Fida Rosdi. Sebuah buku dalam siri 100 buah buku bergambar Karangkraf.
Seperti yang dijanjikan, saya bercadang membuat brown bag puppet bentuk Kucing. Disebabkan ada kaitan dengan Zuzu - kucing yang berboneka kain :) Saya ambil templat dari laman sesawang DLTK.
Kakak dan abang sama-sama buat. Adik kecil pun tak tentu arah mahu "tolong" buat :D |
Hampir siap. |
Barakallahufik :)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan