Jumaat, 4 Disember 2009

Tribute to IPIK (2)

Bismillahirrahmanirrahim.


Saya telah menyertai Pertandingan Intel Teach Programme pada 2007 bersama dua orang lagi rakan, Ismadi Ghazali dan Darusalam Ab Rahman. Dengan bimbingan daripada pensyarah-pensyarah yang sangat berdedikasi dan bersemangat :) - Pn Nazifah dan Pn Khalidah dari Jabatan Sains dan Matematik serta Cik Fatin Lim Siew Geck dari Jabatan Teknologi Maklumat (kini bertugas di HEP). Setinggi-tinggi penghargaan buat mereka dan Puan Pengarah, Pn Noorul Aini bt Abdul Rahman atas sokongan yang diberi. Rakan-rakan juga banyak membantu secara langsung dan tidak langsung.


Kami diberi satu kursus di bawah pengelolaan Intel Malaysia pada penghujung tahun 2006. Siapa sangka kedua orang rakan saya berjaya mewakili IPIK ke peringkat kebangsaan. Asalnya hanya mereka berdua tetapi disebabkan memerlukan seorang penterjemah bahasa isyarat, saya dipanggil untuk membantu mereka. Alhamdulillah, rezeki kami untuk menang pada tahun tersebut. Markah antara tempat pertama dan kedua berbeza 1 markah sahaja. Kelebihan kami ialah pada penggunaan bahasa isyarat dan video bahasa isyarat yang dirakamkan. Turut sama membantu ketika sesi merakam video ialah Raja Azleen :)


Sumber : Di
sini



Sumber : Di sini


Sisipan artikel selepas memenangi pertandingan ini

Topik yang dipilih adalah daripada sukatan pelajaran Pendidikan Kesihatan Tahun 4. Peserta dikehendaki membina dua jenis bahan iaitu bahan rujukan guru dan murid. Guru perlu menyediakan satu garis panduan dan membuat demonstrasi kepada murid sebelum memberi tugasan kepada murid. Kaedah pengajaran dan pembelajaran ini mengambil kira Kajian Masa Depan dan menyediakan murid dalam menghadapi cabaran akan datang.

Pertandingan ini agak mencabar dari segi mental dan emosi :) Namun begitu, ini merupakan antara kenangan manis kerana saya banyak belajar daripadanya. Insya Allah saya cuba aplikasikan ke dalam P&P saya di sekolah nanti.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan