Tahun lepas, saya berkesempatan berkunjung ke Negeri di Bawah Bayu menziarahi keluarga Wati di Ranau. Saya dan Emma begitu teruja untuk bercuti ke sana. Sememangnya 8 hari di sana amat berbaloi di samping begitu terharu dengan cara keluarga Wati meraikan kami sebagai tetamu.
Saya jatuh hati dengan kampung Wati. Nyaman sekali. Subhanallah. Saya begitu bersyukur kerana Allah memberi rezeki dan peluang untuk kami ke sana. Banyak yang saya pelajari dan insafi. Semoga kembara kami mendapat redha Ilahi....
Dari atas kiri :- Pemandangan di belakang rumah Wati selepas subuh. Menakjubkan :) Gambar bawah dari kiri, kami berhenti seketika mengambil gambar semasa dalam perjalanan ke kebun bapanya. Banjaran gunung yang panjang.
Dari atas, kiri ke kanan :- Perjalanan ke kebun bapa Wati di hari kedua kami di sana. Diketuai oleh Haidin, adik Wati. Gambar-gambar yang lain itulah kebunnya. Yang tumbuh hijau itu bukan rumput ya..Itu padi bukit namanya :) Di celah-celah padi bukit ini ada ditanam sayur bayam pelbagai jenis.
Hari ketiga di Ranau, kami dibawa melawat Kinabalu Park dan Kundasang War Memorial. Sejuuuk..kena pakai sweater. Sampai dapat rawatan di Hospital Ranau..Hehe..lelah menyerang..
Gambar-gambar sekitar lawatan ke Kinabalu Park dan Kundasang War Memorial
Ha..ini pula sewaktu kami ke Poring Hot Springs.. Subhanallah cantik sungguh air terjun yang ada. Ada banyak air terjun. Tapi hanya mampu sampai ke Air Terjun Kipungit ini sahaja.
Banyak lagi yang sempat kami teroka antaranya Canopy Walk, kolam air panas Poring, berjalan-jalan di dalam Taman Kinabalu (dapatlah merasa berada di kaki gunung Kinabalu), melihat-lihat gerai-gerai di Kundasang, membeli-belah di Kota Kinabalu dan menghadiri majlis perkahwinan di sana. Dapatlah kami lihat budaya orang Sabah meraikan majlis perkahwinan.
Jazakallah buat keluarga Wati yang sudi menerima kehadiran kami. Semoga Allah murahkan rezeki mereka dan memberkati hidup mereka sekeluarga.
Tahun ini, masing-masing sudah tamat belajar dan pulang ke kampung halaman masing-masing. Entah bila boleh bertemu lagi. Apa pun selamat bercuti dalam debaran menunggu penempatan sekolah! ;)
i was here..hehe-wawa
BalasPadamerm..wiwi la bukan wawa..salah plak..haha
BalasPadamAhaks! Wiwi jadi Wawa :D
BalasPadam