Ahad, 21 Februari 2010

Kem Motivasi

Bimillahirrahmanirrahim.

Selama seminggu mencari fasilitator buat kem Motivasi UPSR SK Ayer Molek, Melaka yang berlangsung pada 19 hingga 21 Februari 2010. Mujur saat akhir cukup seperti yang dikehendaki. Mujur juga hanya 1 hari sahaja memerlukan fasi. Jazakallah buat adik2 MYSOFF02 ;

Siti Mas Mirrah
Nurul Haziqah bt Jaamat
Aini Hafizah bt Salleh
Nurkhalidahwahyu bt Muslihat
Aznornabila
Nurul Atiqah bt Mohd Rawi
Muhammad Hasbullah
Faisal b Iqbal Akbar

dan seorang lagi fasi,

Atiqah bt Hilmi



3 orang lagi sudah balik

Jazakallah juga buat cikgu-cikgu yang sudi menghantar pulang adik-adik ini :)


Edited : Tahniah buat adik-adik ini atas kejayaan cemerlang dalam SPM 2009.Ada yang sedang menunggu tawaran temuduga, ada yang sudah menerima tawaran ke luar negara . Selamat maju jaya :)

Isnin, 15 Februari 2010

Pizza



Bismillahirrahmanirrahim..

Cubaan pertama membuat pizza buatan sendiri. Dapat dari blog Kak Chik . Bolehlah tahan. Hehe.. Ada pembantu (adik) bolehlah buat. Saya nak buat seorang? Alamatnya berjam-jamlah di dapur (^_^;)



Gambar ini baru lepas hias pizza dan sebelum dibakar


Ini resipinya..

Bahan-bahan untuk base:

200 gm tepung roti
1 sudu gula
sedikit garam
1 sudu kecil yis
125 ml air
1 sudu butter
1 sudu susu tepung

Untuk topping, saya hanya ada keju, crab stick, dan sosej ayam. Perlu juga ada mayonis, sos tomato, dan sos cili. Ikut resipi asal ada cendawan butang, nanas, lada benggala hijau dan merah, keju mozarella (tapi semua ini ikut suka hati anda nak letak apa).

Cara membuatnya :


1. Campur semua bahan buat base - uli hingga sebati.

2. Biarkan 45 hingga 60 minit. Tutup mangkuk dengan kain lembap.

3. Canai doh setebal 0.5 cm dan cucuk dengan garfu (saya terlupa cucuk dengan garfu tadi. Hish..)

4. Sapu kulit pizza dengan mayonis, sos cili, sos tomato.

5. Tabur bahan-bahan yang anda pilih untuk topping.

6. Bakar dalam oven dengan suhu 180 darjah dalam masa 15 - 20 minit.


~~~~~~~~~

Ada beberapa bahan yang tiada di rumah, jadinya buat ubahsuai sendiri...

Tepung roti saya ganti dengan tepung gandum dan sedikit soda bikarbonat.
Susu tepung saya ganti dengan Coffeemate.

Macam-macam rasa :D Pastinya kurang pedas sebab saya tak letak lada benggala atau lada sulah :D

Selamat mencuba ;)

Program Januari *update*

Pada 28 Januari lepas, ada lawatan daripada 2 orang Jepun. Nama mereka tak ingatlah ^_^; Mereka datang untuk menyampaikan sagu hati kepada semua peserta pertandingan melukis dan mewarna yang disertai tahun lepas.


Seingat saya, masa saya praktikum di sini tahun lepas mereka ada datang. Agaknya untuk tujuan inilah.
Cuma, tiada seorang pun daripada 30 orang peserta pertandingan dari SKPKM yang memenangi hadiah utama. Tak silap saya, SKPK Sungai Petani mendapat tiga tempat teratas.



Tak mengapalah, walaupun tidak memenangi hadiah utama, murid-murid ini tetap dapat sebuah beg sandang yang catik dan mesra alam. Gambar pada beg ini adalah hasil lukisan tempat pertama hingga sepuluh.



Haikal bersama lukisannya dan sagu hati yang diperolehi
(beg yang diperolehi itu besar tetapi dilipat dalam bungkusan kecil ini)
Seronok juga! :)

Rabu, 3 Februari 2010

Minggu kelima ~~,

Minggu ini ada 2 orang pelawat dari Australia datang membuat kajian di sekolah. Mereka akan observe P&P guru bagi subjek tertentu. Rasanya saya tidak kena observe :D

Minggu ini juga sekolah menerima 5 orang guru praktikum. All ladies. Imnie, Atikah, Hanis, Alia, dan Nadia. Bertambah guru, kuranglah sikit waktu guru yang ada mengajar. Hehe.. Tapi khusus untuk subjek BM dan PJ sahaja :)

Isnin lepas waktu Pendidikan Seni Visual ajar origami bunga berbentuk bintang. Seronok budak-budak ni. Mungkin sebab ada hasil yang dapat dilihat. Ada yang mencuba di rumah.

Minggu ini tahun 3 baru masuk topik Count in ones. Rupanya ada juga pelajar yang tak boleh mengira dalam kiraan 1. Huhu... Takpe, takpe.. Benda baru bagi saya. Jadi, saya gunakan carta nombor panitia matematik dan buat kad nombor sendiri. Ajar kira semula dari 1-10, 11-20 dan seterusnya. Harapnya murid ini boleh faham konsepnya. Esok baru nak beri pengukuhan dan pengayaan.

Tahun 5 baru masuk Arrange number in ascending order. Kelas 5A1 dan jauh ke hadapan. Sudah masuk substraction. Kemungkinan besar soalan ujian kena asing.

Tahun 4 masih dalam rounding off numbers . Jumaat lepas bagi dalam 45 soalan bundar kepada ratus yang terdekat. Boleh pula ada 2 orang murid tak buat. Alasannya pensel tak ada dan lagi seorang terlupa. Geram betul rasanya. Kena denda. Mujur semua betul. Hmm..

Melaka sangat panas akhir-akhir ini. Astagfirullah.. kena banyak istighfar nih..

Ok, cukup sampai di sini dahulu.