Isnin, 15 Februari 2010

Pizza



Bismillahirrahmanirrahim..

Cubaan pertama membuat pizza buatan sendiri. Dapat dari blog Kak Chik . Bolehlah tahan. Hehe.. Ada pembantu (adik) bolehlah buat. Saya nak buat seorang? Alamatnya berjam-jamlah di dapur (^_^;)



Gambar ini baru lepas hias pizza dan sebelum dibakar


Ini resipinya..

Bahan-bahan untuk base:

200 gm tepung roti
1 sudu gula
sedikit garam
1 sudu kecil yis
125 ml air
1 sudu butter
1 sudu susu tepung

Untuk topping, saya hanya ada keju, crab stick, dan sosej ayam. Perlu juga ada mayonis, sos tomato, dan sos cili. Ikut resipi asal ada cendawan butang, nanas, lada benggala hijau dan merah, keju mozarella (tapi semua ini ikut suka hati anda nak letak apa).

Cara membuatnya :


1. Campur semua bahan buat base - uli hingga sebati.

2. Biarkan 45 hingga 60 minit. Tutup mangkuk dengan kain lembap.

3. Canai doh setebal 0.5 cm dan cucuk dengan garfu (saya terlupa cucuk dengan garfu tadi. Hish..)

4. Sapu kulit pizza dengan mayonis, sos cili, sos tomato.

5. Tabur bahan-bahan yang anda pilih untuk topping.

6. Bakar dalam oven dengan suhu 180 darjah dalam masa 15 - 20 minit.


~~~~~~~~~

Ada beberapa bahan yang tiada di rumah, jadinya buat ubahsuai sendiri...

Tepung roti saya ganti dengan tepung gandum dan sedikit soda bikarbonat.
Susu tepung saya ganti dengan Coffeemate.

Macam-macam rasa :D Pastinya kurang pedas sebab saya tak letak lada benggala atau lada sulah :D

Selamat mencuba ;)

1 ulasan:

  1. dyh blk nnt kite wat lg nak?
    nak try wat spagheti plak la..

    BalasPadam