Temuduga dah selesai. Jadi orang terakhir. Sebab tertinggal sijil ijazah. Huhu.. moralnya ; tengok betul-betul surat panggilan yang diterima. Memang saya tengok tapi tak perasan (ke ambil ringan) "ijazah dan transkrip ijazah". Memang menakutkan jadi orang terakhir sebab setiap orang yang keluar dapat soalan yang berbeza. Jadi tak dapatlah nak ramal soalan apa yang bakal ditanya.
Akhirnya tibalah giliran, pukul 12.45 saya masuk ke bilik temuduga. Alhamdulillah, soalan hanya berkisar pasal bahasa isyarat, tunjuk cara mengajar matematik menggunakan bahasa isyarat, macam mana nak motivasikan murid masalah pendengaran yang lemah, dan isu semasa berkaitan aplikasi 1 Malaysia di sekolah dan pendapat bajet 2011.
Soalan perangkap woo..."Apa pendapat awak mengenai bajet yang diberi kepada program PERMATA?" dan "Adakah awak rasa wajar peruntukan sebanyak itu diberikan kepada SBT (Sekolah Berprestasi Tinggi) ataupun peruntukan itu sepatutnya diberikan kepada sekolah luar bandar?". ngee.... :D Tapi boleh jawab insya Allah.
Lega..sekarang boleh tunggu baby keluar dengan aman :D Hari ni tarikh cantik 20-10-2010 tapi tak ada tanda nak bersalin pun..Hehe..
Malam ini pengumuman Melaka Maju 2010. Kemungkinan besar esok cuti. Yeay! (",)
Rabu, 20 Oktober 2010
Selasa, 19 Oktober 2010
Interview
Bimillahirrahmanirrahim.
Esok temuduga SPP +_+ Dah lama tak pergi temuduga ada perasaan bolak-balik dan sedikit 'takut' . Apalah yang akan ditanya dan paling penting dapatkah semua soalan dijawab dengan baik? :)
Doa dipermudahkan urusan :
Ini baru temuduga sah pelantikan belum lagi temuduga di dalam kubur tu... Agak-agaknya dapatkah kita menjawab soalan-soalan di 'sana'? Ya Allah, terasa kerdil dan terasa amat sedikit sekali bekal ke 'sana'.
Sesungguhnya selepas kita mati tiada apa yang boleh membantu kita melainkan tiga perkara ; ilmu yang bermanfaat, sedekah, dan doa anak yang soleh....
Robbi yassir wa la tu'assir...robbi habli minassolihin..robbana atina fiddunya hasanah wa fil akhirati hasanah waqina 'azabannar....

اللّهُمَّ لا سَهْلا إِلا مَا جَعَلْتَهُ سَهْلا وَأَنْتَتَجْعَلُ الْحَزْنَ إِذَا شِيئْتَ سَهْلا
Ini baru temuduga sah pelantikan belum lagi temuduga di dalam kubur tu... Agak-agaknya dapatkah kita menjawab soalan-soalan di 'sana'? Ya Allah, terasa kerdil dan terasa amat sedikit sekali bekal ke 'sana'.
Sesungguhnya selepas kita mati tiada apa yang boleh membantu kita melainkan tiga perkara ; ilmu yang bermanfaat, sedekah, dan doa anak yang soleh....
Robbi yassir wa la tu'assir...robbi habli minassolihin..robbana atina fiddunya hasanah wa fil akhirati hasanah waqina 'azabannar....
Langgan:
Catatan (Atom)