Selasa, 19 Oktober 2010

Interview

Bimillahirrahmanirrahim.

Esok temuduga SPP +_+ Dah lama tak pergi temuduga ada perasaan bolak-balik dan sedikit 'takut' . Apalah yang akan ditanya dan paling penting dapatkah semua soalan dijawab dengan baik? :)

Doa dipermudahkan urusan :

اللّهُمَّ لا سَهْلا إِلا مَا جَعَلْتَهُ سَهْلا وَأَنْتَتَجْعَلُ الْحَزْنَ إِذَا شِيئْتَ سَهْلا


Ini baru temuduga sah pelantikan belum lagi temuduga di dalam kubur tu... Agak-agaknya dapatkah kita menjawab soalan-soalan di 'sana'? Ya Allah, terasa kerdil dan terasa amat sedikit sekali bekal ke 'sana'.

Sesungguhnya selepas kita mati tiada apa yang boleh membantu kita melainkan tiga perkara ; ilmu yang bermanfaat, sedekah, dan doa anak yang soleh....

Robbi yassir wa la tu'assir...robbi habli minassolihin..robbana atina fiddunya hasanah wa fil akhirati hasanah waqina 'azabannar....

2 ulasan:

  1. salam kak aina.ini ya doanya?
    syukran jazilan kak :)

    akak da dapat sah lantikan tetap ke?

    BalasPadam
  2. Maaf Su, lama tak jenguk ke teratak yang satu ini :) Ya, ini doanya. Sah lantikan dan sah jawatan pun sudah dapat. Alhamdulillah

    BalasPadam